Unsur Mistik Dalam Pesawat : Tiada Kerusi Nombor 13!

VIRAL
March 03, 2020 - 12:12 PM


Mungkin anda tidak pernah perasan, atau mungkin perasan tetapi mengabaikannya tetapi selepas ini, pasti anda perhatikan perkara ini dalam penerbangan anda.

Ada pesawat yang tidak mempunyai kerusi atau barisan bernombor 13 atau 17! Termasuk AirAsia!

Menurut pendedahan Zarul Umbrella di Instagram miliknya, beliau turut mengesahkan perkara yang sama berlaku dalam pesawat Malaysia Airlines.

Perkara ini sebenarnya ada kaitan dengan unsur mistik dan perkara yang tidak baik.

Menurut The Sun, nombor 13 sering dikaitkan dengan beberapa cerita atau konotasi negatif dan boleh dikatakan beberapa pesawat dari syarikat luar negara seperti Air France, Luthansa dan Ryanair juga tidak mempunyai tempat duduk bernombor 13.

Menurut Ryanair, sesetengah budaya menganggap nombor 13 adalah nombor yang tidak bernasib baik dan disebabkan mereka menghormati kesemua kepercayaan, memang sengaja tidak diletakkan nombor 13 dalam barisan kerusi pesawat mereka.

Jika difikirkan dari sudut keuntungan, sekiranya tiada penumpang yang sanggup duduk di barisan ke-13, maka, syarikat penerbangan akan kerugian 6 atau mungkin lebih kerana penumpang semestinya akan mengelak dari duduk di barisan berkenaan kerana dianggap ‘suwey’ dan akan membawa malang.

Selain itu, nombor 17 pula dianggap malang kerana dalam angka roman, ianya ditulis sebagai XVII dan anagramnya akan dieja VIXI yang membawa maksud ‘hidup sudah berakhir’ dalam bahasa Latin.

Pemilihan tempat duduk AirAsia

Hakikatnya, barisan ke-13 biasanya tempat duduk terbaik kerana ia berdekatan dengan pintu kecemasan dan berada disisi sayap kapal dan sebenarnya nombor 13 juga tidak akan ada di beberapa buah hotel atau kapal pelayan (cruise). 

p/s : Kalau hotel atau bangunan, biasanya tiada nombor '4'. 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah