Varian Omicron Terbaru Kini Mengganas Di Eropah Dan India

VIRAL
January 27, 2022 - 11:48 AM


Dilaporkan terdapat varian omricon versi baharu ditemui di Eropah dan India. Varian terbaru yang ditermui tersebut dijangka mampu ‘melangkaui’ versi semasa, selepas 400 kes dikesan di United Kingdom (UK), sejak beberapa minggu lalu.

Minggu lalu, Agensi Keselamatan Kesihatan UK mengklasifikasi sub-varian Omicron BA.2 sebagai varian dalam siasatan (VUI).

Ketika ini, varian Omicron semasa dikenali sebagai Omicron BA 1.

Memetik laporan The Mirror, lebih 6,400 kes varian Omicron versi baharu ditemukan di Denmark, yang kini dipercayai menjadi pusat penularan.

Bagaimanapun, ketua doktor dan penyelidik virus di Institut Serum Statens (SSI), Anders Fomsgaard memaklumkan pihaknya tidak dapat melihat sebarang perbezaan dalam kadar kemasukan ke hospital dan kes kematian selepas penemuan varian Omicron BA 2. 

Sumber: Utusan 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah