Protokol Covid 19 Baharu, Jom Kita Lihat Senarai Penuh!

VIRAL
April 28, 2022 - 11:51 AM


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media semalam mengumumkan beberapa kelonggaran protokol kawalan COVID-19. Menurutnya, semua protokol baharu itu akan mula dikuat kuasa pada 1 Mei ini.

Berikut antara prosedur operasi standard (SOP) baharu COVID-19 yang telah diumumkan:

1) Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan selama tujuh hari dari tarikh sampel positif diambil.

2) Kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka.

3) Individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis adalah:

  • Individu positif COVID-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap
  • Individu dalam tempoh HSO termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia

4) Keperluan pengujian pengesanan COVID-19 sebelum berlepas ke Malaysia dan pengujian COVID-19 semasa ketibaan digugurkan bagi kumpulan pengembara berikut:

  • Pengembara berusia 13 tahun dan ke atas yang telah lengkap vaksinasi
  • Pengembara yang mempunyai sejarah jangkitan COVID-19 dalam tempoh 6 ke 60 hari dari tarikh sembuh sebelum berlepas ke Malaysia
  • Pengembara berusia 12 tahun dan ke bawah tanpa mengira status vaksinasi

5) Insurans COVID-19 bagi pengembara bukan warganegara Malaysia tidak lagi menjadi pra-syarat kemasukan ke Malaysia.

6) Pemakaian pelitup muka adalah WAJIB apabila berada di dalam bangunan dan di dalam pengangkutan awam termasuk eHailing.

7) Pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah atas pilihan (optional) tetapi AMAT DIGALAKKAN kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan.

8) Mengambil kira semua aktiviti telah dibenarkan dengan penggunaan 100 peratus kapasiti ruang, maka penjarakan fizikal di antara individu atau kumpulan tidak diperlukan.

9)Penjarakan fizikal digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka.

10) Imbasan kod QR MySejahtera TIDAK DIWAJIBKAN apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam, digalak aktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.

11) Salam dibenarkan, TETAPI sentiasa mencuci atau membersihkan tangan dan jangan sentuh muka selepas bersalaman.

12) Semua senarai aktiviti yang tidak dibenarkan di dalam SOP Majlis Keselamatan Negara terbitan 1 April 2022 digugurkan (berkuat kuasa pada Ahad, 15 Mei 2022).

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah