Malaysia Bakal Jadi Negara Berpendapatan Tinggi Pada 2025! 7 Projek Pengangkutan Paling Menarik Dalam RMK-12
FEATUREDProjek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang berapa kali pelan berapa kali batal tu... akhirnya diteruskan semula di bawah pimpinan PM Ismail Sabri.
Di dalam pembentangan usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Parlimen pada Isnin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bakal menggunakan model baharu untuk tujuan pembiayaan projek infrastruktur di masa akan datang.
Menurutnya, model pelaksanaan projek-projek yang berada di antara RMK-12 itu tidak lagi melibatkan komitmen kewangan kerajaan, sebaliknya menggunakan kaedah Request for Proposal (RFP).
Dana mudah cara khusus untuk projek infrastruktur akan diwujudkan di bawah model Perkongsian Awam Swasta atau Public Private Partnership (PPP) 3.0.
“Pelaksanaan projek-projek di bawah model baharu ini dijangka dapat diumumkan pada pertengahan tahun 2022.
“Jawatankuasa khas PPP yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara akan ditubuhkan bagi membolehkan perundingan projek PPP dapat diselesaikan dalam tempoh setahun,” katanya.
Ismail Sabri berkata, kerajaan turut menyedari kepentingan infrastruktur dan utiliti asas yang berkualiti dan berdaya harap seperti jalan raya, rel, bekalan air dan elektrik bagi merangsang pertumbuhan ekonomi serta kepentingan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
“Rangkaian rel dan jalan raya bersepadu yang menghubungkan lapangan terbang dan pelabuhan dengan kawasan perindustrian, bandar dan luar bandar akan dipertingkat,” katanya.
Berikut merupakan 7 projek utama yang disenaraikan:
- Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Satu yang menghubungkan Rawang ke Salak Selatan dijangka siap pada tahun 2022;
- Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru yang merupakan jajaran akhir landasan berkembar elektrik dari Padang Besar, Perlis ke Johor Bahru, Johor dijadualkan siap pada tahun 2023;
- Pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan dan dijangka siap pada tahun 2026;
- Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan stesen Bukit Chagar, Johor Bahru dengan stesen Woodlands North di Singapura akan mula dibina pada hujung tahun 2021;
- Lebuhraya Pantai Barat yang melibatkan negeri Selangor dan Perak dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024;
- Projek Central Spine Road dari Bentong, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2025; dan
- Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah