Marquez Rangkul Gelaran Ke-7, Hafizh Syahrin Cemerlang

SUKAN
October 22, 2018 - 11:21 AM


Perebutan tahta kejuaraan antara Marc Marquez dan Andrea Dovizioso berakhir semalam apabila pelumba dari Itali tersebut kemalangan dan Marquez memenangi perlumbaan di litar Montegi Jepun.

Dovizioso terjatuh ketika perlumbaan berbaki dua pusingan lagi dan seterusnya ‘menyerahkan’ kejuaraan keseluruhan kepada Marc Marquez. Dovizioso yang bermula di petak pertama diiekori rapat oleh Marquez sepenjang perlumbaan.

Lima pusingan terakhir, Marquez berjaya memintas di selekoh ke-9. Dovizioso kemudiannya cuba untuk merapatkan kedudukan, namun terjatuh di selekoh ke-10.

Dengan kemengangan ke-8 musim ini, Marc Marquez mengesahkan kejuaraan musim 2018 walaupun saingan MotoGP berbaki 3 Grand Prix lagi. Satu di Phillip Island (29 Oktober 2018), Sepang (4 November 2018) dan terakhir di Valencia (18 November 2018).

Sementara itu, pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin berjaya menamatkan pelumbaan di tempat ke-10 pada Grand Prix Jepun. Bermula di petak ke-16, Hafizh jatuh dua kedudukan selepas pusingan pertama namun berjaya memotong pelumba-pelumba lain satu demi satu dan akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.

Ini bermakna, Hafizh berjaya mendapatkan mata untuk ‘Rookie of the Year’ dan kini dibelakang pendahulu iaitu Franco Morbidelli dengan hanya 4 mata.

Ini adalah kali kedua Hafizh berjaya menamatkan saingan di kelompok 10 terbaik, kali pertama semasa pusingan ke-2 di Argentina iaitu di tempat ke-9.

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah