MotoGP Keluarkan Kalendar MotoGP 2019, GP Sepang 3 November 2019!
SUKANTarikh dan lokasi perlumbaan MotoGP telah disahkan dan kini semua pasukan sedang membuat persiapan demi persiapan untuk mengharungi musim baru yang akan bermula pada 10 Mac 2019 dengan perlumbaan pembukaan di Qatar GP.
September tahun lepas, sebenarnya motogp.com ada mengeluarkan kalendar ‘sementara’ MotoGP untuk musim 2019. Setelah dipersetujui, kalendar tersebut disahkan tanpa ada sebarang penukaran tarikh dan lokasi perlumbaan. 19 perlumbaan, sama seperti musim terdahulu dan kesemuanya dalam susunan yang sama.
MotoGP musim 2019 akan bermula pada 8 Mac hingga 10 Mac (hari perlumbaan) di Qatar sebelum mereka berangkat ke Argentina dan Amerika. Sementara itu, siri jelajah Eropah akan bermula pada bulan Mei di Jerezm kemudian Perancis, Itali, Catalonia dan Netherlands. GP German akan menjadi penutup untuk ‘first-half’ musim.
Selepas rehat musim panas, perlumbaan kembali memulakan aksi di Czech Republic sebelum ke Austria dan UK. Pusingan ke-13 akan berlangsung di San Marino dan kemudiannya di Aragon. Selepas itu, kalendar MotoGP akan membawakan perlumbaan tersebut ke Asia bermula dengan Thailand, Jepun, Australia dan Malaysia.
Untuk kali ke-18 berturut-turut, Valencia akan menjadi lokasi terakhir atau season finale. Agak-agak, pasukan mana yang akan ungguli MotoGP musim ini? Honda? Yamaha? Dan, dah tentulah kita nak rider kebangaan kita Hafizh Syahrin menamatkan dalam kedudukan yang terbaik kan?
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah