Perhatian Kepada Sk8ter boys and girls! Ini Adalah Lokasi Skate Park Di Sekitar Lembah Klang

SUKAN
August 28, 2020 - 02:35 PM


Seperti yang dikatakan sebelum ni, sejak PKP ni dah makin ramai yang menceburi bidang dan aktiviti baru. Ada yang pergi memancing, ada yang pergi glamping dan ada yang cuba hiking. Jadi tak hairan la kalau tiba-tiba ada yang berminat dengan aktiviti skateboarding.

 

Aktiviti skateboarding mempunyai learning curve yang agak tinggi, jadi tak semua orang ada kekuatan mental untuk belajar dari bawah. Apa yang anda perlukan adalah tunjuk ajar dari skater veteran dan tengok macam mana mereka lakukan skill-skill tersebut. Jadi korang boleh pergi ke tempat-tempat ni untuk belajar dan bersosial dengan rakan skater yang lain.

 

1. Persiaran Perdana Putrajaya

Walaupun jalan di sini Nampak rata tapi jangan bimbang. Lokasi ni memang menjadi pilihan beginner yang baru nak belajar sukan skateboard ni. Malah ada juga kelas-kelas skateboarding yang dilakukan disini. Bila basic skateboarding tu dah ada baru lah korang boleh level up ke skateboard park yang sebenar.

 

2. Extreme Park Shah Alam

Skater mana je yang tak pernah dengar dengan lokasi ni. Memang menjadi tumpuan para skater untuk asah skill mereka dalam flipping dan jumping. Dan yang paling best beginner pun ramai juga yang datang sini untuk belajar. Jadi tak perlu malu-malu kucing nak meluncur kat sini. Tak akan ada orang yang gelakkan anda yang baru nak belajar ni.

 

3. Mont Kiara Skate Park

Nama Tony Hawk memang legend dalam dunia skateboarding. Dan orang yang tak minat skateboarding pun at least pernah main game Tony Hawk Pro Skater satu ketika dahulu. Percaya tak yang Tony Hawk sendiri pernah datang di lokasi ni dan tunjukkan skill-skill beliau? Kalau anda peminat Tony Hawk memang wajib datang sini.

 

4. Taman Tasik Cempaka Skatepark

Lokasi ni memang Nampak basic dan simple je buat skater veteran. Tapi disebabkan ianya simple la beginner sesuai datang sini. Jadi boleh practice basic dan kalau nak suka-suka secara santai pun memang sesuai kerana tempat ni agak tenang.

 

5. Challenge Park Putrajaya

Terletak di presint 5, taman ini seluas 30 ekar dan ada banyak facilities sukan yang lain. Tapi facilities yang paling besar dalam tempat ni adalah skate park dia. Memang cantik dan sesuai untuk skater belajar buat trick. Tak kiralah anda beginner ke, expert ke, semua enjoy bila skateboarding di kawasan seluas ni.

 

Jadi itulah dia 5 lokasi skate park yang ada di sekitar Lembah Klang. Of course la ada banyak lagi tempat lain, tapi kali ni min nak focus tempat-tempat yang beginner boleh pergi tanpa rasa tergugat. Biasalah, orang baru belajar ni kadang-kadang takut diketawakan kalau jatuh bagai. Jadi kepada skater yang dah lama dalam sukan ni, minta tolong tunjuk ajar beginner yang memang berminat okay? Kita sama-sama naikkan sukan papan luncur di Malaysia. Peace out!

 

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah