3 Destinasi Di Malaysia Tawar Main Flyboard
JALAN-JALANJune 19, 2019 - 04:54 PM
Siapa antara korang yang suka cuba benda baru atau gemar dengan aktiviti ekstrem?
Kalau korang terasa bosan dan sesekali nak uji adrenalin sendiri, mungkin korang boleh cuba ‘Flyboard’ iaitu sukan air baharu yang diperkenalkan di negara kita.
Flyboard ini sejenis jetpack air yang dicipta di Perancis dan membolehkan kita terbang di udara serta terapung di atas permukaan air.
Kalau korang main flyboard ni, korang memang akan nampak macam Iron Man yang tengah beraksi menyelamatkan dunia gitu! Hahaha…
Flyboard ini sebenarnya disambungkan dengan hos ke enjin jet ski dan dengan kuasa tujahan air ia akan menolak korang melompat ke udara dengan gaya dan aksi yang korang suka.
Kalau dapat buat gaya 'backflip' korang memang gempaklah! Tapi tu selalunya orang yang dah profesional bolehlah...
Bagi yang amatur atau pertama kali cuba sukan ni, korang akan diberi tunjuk ajar oleh jurulatih mengenai cara mengimbangi badan ketika berada di atas papan luncur dengan kedua-dua kaki perlu berada dalam posisi tegak sebaik flyboard mencecah permukaan air.
Bagi yang tak pandai berenang tapi nak cuba juga main flyboard ni, korang jangan risau sebab jaket dan topi keselamatan ada disediakan, malah korang juga akan dipantau oleh jurulatih bertauliah.
Kalau korang berminat, setakat ini terdapat 3 lokasi di negara kita yang menawarkan perkhidmatan bermain flyboard ini iaitu di:
#1. Marina Putrajaya, Presint 5, Putrajaya
RM370 = seorang satu sesi 20 minit
RM740 = 3 orang satu sesi 20 minit
#2. Flyboard City Watersport, Forest City 1, Pulau Satu, Gelang Patah, Johor Bahru, Johor.
RM320 = seorang satu sesi 20 minit
RM700 = 3 orang satu sesi 20 minit
#3. Tasik Ayer Keroh, Melaka
RM300 = seorang satu sesi 20 minit
RM600 = 3 orang satu sesi 20 minit
Walaupun sukan flyboard ni agak mahal namun ianya sangat berbaloi dengan pengalaman dan keseronokan yang dirasai ketika kita terapung di udara dan di atas air.
Sekali seumur hidup dapat jadi ala-ala Tony Stark, ok la kan…hehehe
Selain orang Malaysia, ramai juga pelancong luar negara yang telah mencuba keberanian mereka mengendalikan flyboard antaranya dari India, China, Korea Selatan dan Australia.
Jom kita pula cuba!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah