Putrajaya Buat Promo Kaw-Kaw, Hanya RM10 Untuk Aktiviti Air Bermula 1 Julai!

JALAN-JALAN
June 26, 2020 - 03:50 PM


Pada hujung minggu nanti, kalau anda tak tahu nak bawa keluarga bersantai atau jalan-jalan ke mana mungkin anda boleh bawa mereka ke Putrajaya.

Ini kerana 3 tarikan utama pelancongan di Wilayah itu telah pun beroperasi semula iaitu :-

1) Marina Putrajaya

2) Cruise Tasik Putrajaya

3) Pusat Rekreasi Air Putrajaya

Bersempena dengan pembukaan semula, ketiga-tiga tempat tarikan tersebut mengadakan tawaran promosi menarik yang disebut "TEN-Q TEN RINGGIT" -- di mana pengunjung berpeluang mencuba semua kemudahan di sana dengan bayaran hanya RM10!

Promosi kaw-kaw itu hanya untuk tempoh 10 hari bermula 1 hingga 10 Julai 2020 sahaja! 

Antara aktiviti menarik yang boleh anda dan keluarga cuba di Pusat Rekreasi Air Putrajaya adalah seperti permainan air dan BBQ. 

Malah anda juga boleh menaiki cruise, love boat dan perahu Dondang Sayang jika singgah di Cruise Tasik Putrajaya.

Namun jika anda ingin melakukan pelbagai aktiviti sukan indoor seperti gimnasium, squash atau bermain snuker -- anda boleh ke Marina Putrajaya.

Jangan risau dengan kebersihan dan tahap keselamatan anda serta keluarga jika datang makan angin ke sana, kerana pihak Marina Putrajaya telah menyediakan SOP yang ketat demi menjaga penjarakan sosial kepada pengunjungnya.

PS: Save the date gais, 1 hingga 10 Julai nanti okay! Jangan terlepas, rugi ooo! Hehehe...

Sumber: FB Marina Putrajaya

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah