10 Destinasi Percutian Menarik Dan Cantik Di Sabang
TARIKANNovember 12, 2019 - 06:32 PM
Terkenal sebagai syurga para penyelam skuba, bandar yang terletak di bahagian barat Indonesia ini mempunyai pelbagai tarikan berbentuk keindahan alam.
Sabang mempunyai tarikan berupa air terjun, pantai, kecantikan pantai dan laut serta pergunungan yang menjanjikan pemandangan yang cantik serta memukau. Katanya, Sabang ini merupakan syurga bagi penyelam tau.
Berikut merupakan 10 destinasi cantik dan menarik di Sabang, Indonesia.
#1. Pantai Iboih
Selain menjadi spot terbaik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam, Pantai Iboih dikatakan ikon Kota Sabang.
Pemandangan yang memukau selalu menjadi ‘punca’ kedatangan pelancong ke sini, selain mereka yang kesini untuk melakukan aktiviti snorkelling.
p/s: Pantai Iboih juga menjanjikan pemandangan sunrise yang cantik, datang seawal 5 pagi tau.
#2. Air Terjun Pria Laot
Terletak di tengah hutan, udara di sini sememangnya segar dan sebelum sampai ke kawasan air terjun, pengunjung akan ‘dijamu’ dengan pemandangan hutan yang hijau yang menenangkan.
Kolam air terjun mempunyai air yang sangat jernih dan semestinya dingin. Pesanan untuk ke sini, hati – hati dengan keadaan batu yang agak licin.
#3. Pulau Rubiah
Mendapat jolokan sebagai ‘syurga’ para penyelam, taman laut di sini menawarkan keindahan hidupan marin yang mempersona. Pelbagai spesies ikan tropika boleh dilihat disini.
Kalau ada lesen diving, lagi best disini. Bayaran Rp 30 ribu.
#4. Tugu Kilometer Nol
Trip ke Sabang boleh dikatakan tidak lengkap sekiranya tidak ke kilometer nol ini.
Kilometer nol ini merupakan tanda permulaan kilometer kosong untuk Indonesia. Kemudahan di sini sangat lengkap seperti tempat berehat, tempat makan dan lain – lain.
#5. Gua Sarang
Kalau anda suka bergambar, di Gua Sarang ni terdapat beberapa spot bergambar yang cantik dan katanya ada dua pasang buaian dengan background laut. Jadi kalau bergambar, memang epic lah.
Nak melihat kecantikan sekitar Gua Sarang ni boleh juga. Cuma kena trekking sikit. Kalau naik perahu, kena bayar sekitar Rp 200 ribu dan akan dibawa ke tujuh gua yang ada disini.
#6. Pantai Sumur Tiga
Dengan bayaran Rp 45 ribu, boleh lakukan aktiviti snorkelling atau diving disini. Kalau nak bersantai sahaja pun tiada masalah. Pemandangan disini sangat cantik.
Katanya pasir disini lembut dan warna air disini cantik. Menenangkan!
Bayaran masuk Rp 5,000.
#7. Danau Aneuk Laut
Terletak di tengah kota Sabang, tasik atau danau ini merupakan sumber air bagi penduduk di Pulau Weh, Sabang. Sekiranya ingin menikmati pemandangan senja yang cantik, datang sekitar waktu petang.
Tiada bayaran yang dikenakan untuk kesini.
#8. Pantai Anoi Hitam
Mendapat nama dari warna pasirnya yang hitam, pantai ini kebiasaannya menjadi tarikan pengunjung yang ramai.
Kalau nak tahu, pasir disini agak berat jika nak dibandingkan dengan pasir pantai lain tau. Selain itu, dapat juga lihat pemandangan Gunung Seulawah.
#9. Gunung Jaboi
Kalau terlalu bosan dengan pantai, boleh cuba mendaki Gunung Jaboi. Gunung Jaboi ini merupakan salah satu gunung yang berstatus aktif.
Walaupun aktif, ia masih dibuka untuk mendaki dan laluannya agak mudah. Pemandangan di puncak juga tak kurang hebatnya.
#10. Pantai Ujong Kareung
Sama seperti lokasi lain, sekiranya anda minat fotografi, datang ketika sunset. Pemandangan sunset disini dikatakan sangat magis.
Kalau nak berenang pun boleh. Kedalaman air di sini sekitar empat meter juga lah.
Harga : Rp 10 ribu
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah