Cerita Menarik Bagaimana Bangsal Terbiar Menjadi Lokasi Paling Instagrammable Di Australia

TARIKAN
March 19, 2020 - 01:52 PM


Jika anda perhatikan gambar – gambar percutian kawan – kawan anda yang ke Australia, lebih – lebih lagi di Perth, pastinya mereka akan bergambar dengan sebuah bangsal berwarna biru. Begitlah lebih kurang terkenalnya Blue Boat House yang ada di Perth ini.

Sesiapa yang ke Perth, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar kenang – kenangan di sini.

Menariknya, Blue Boat House ini hanyalah sebuah bangsal yang tidak mempunyai fungsi tertentu dan ia bukanlah menarik mana menurut warga tempatan. Ia hanya ‘hype’ kepada pelancong luar dan menurut sebuah artikel yang pernah disiarkan oleh CNN pada 2019, Blue Boat House ini merupakan lokasi paling Instagrammable di Perth, Australia.

Menurut cerita, Blue Boat House menjadi fenomena setelah dibaik pulih sepenuhnya pada awal tahun 2000 dan ia mulai tular dalam kalangan influencer dari Korea Selatan dan China yang terlebih dahulu ‘menemui’ dan secara tidak langsung memperkenalkan bangsal biru ini di media sosial. Sejak itu, ia menjadi lokasi paling popular dalam kalangan pelancong di Perth.

Cerita Di Sebalik Blue Boat House

Dibina sejak tahun 1940an, nama rasminya ialah Crawley Edge Boatshed dan ia dimiliki oleh keluarga Nattras. Disebabkan keadaannya tidak terurus dan bakal dirobohkan pada tahun 2001, keluarga Nattrass membuat keputusan untuk membaiki semula bangsal ini.

Setelah mendapat persetujuan ahli keluarga lain, mereka memilih warna biru sebagai warna baharu bangsal ini yang asalnya berwarna coklat dan membosankan. Ternyata, keputusan itu bukanlah suatu yang sia-sia kerana hari ini, ia menjadi salah satu tarikan pelancongan dan dikhabarkan pihak Western Australia turut menambah fasiliti baharu disekitar bangsal berkenaan termasuklah tandas awam yang dibina dengan kos A$400,000 (~RM1.054 juta).

Begitulah ceritanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🙂 . 📷 @ritkarchai . #buttertiajourney

A post shared by Butter Waruttha Noey (@warutthaim) on

Jadi, jika anda mahu bercuti ke Perth selepas ini, jangan ketinggalan untuk bergambar di Blue Boat House yang ada bedekatan Central Business District, anda cari Swan River, pasti akan menemukan bangsal yang terkenal ini.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah