'China Sky Train' Menjadi Tarikan Baru Di Chengdu, China

TARIKAN
July 12, 2021 - 06:31 PM


Pengangkutan keretapi antara kemudahan yang paling banyak digunakan dan mudah untuk dinaiki. tak perlu isi minyak atau memandu kenderaan. Di China, kenderaan keretapi ini bukan sahaja digunakan sebagai kenderaan, malah menjadi pusat tarikan di sana.

Di China, Sky Train ini mempunyai keunikan tersendiri dan ciri rekaan yang lutsinar. Malahan ianya dijadikan tarikan buat pengunjung yang hadir ke sana. 

Keunikan keretapi ini,  ianya direka dalam keadaan tergantung dan kacanya sejenis lutsinar. Dengan keluasan pemandangan 270 darjah melalui sisi tingkap dan lantai lutsinar, pengguna kereta api dapat menikmati keindahan luar dari dalam.

Sebagai simbolik dan China dan Chengdu yang kita ketahui,kereta api ini diwarnai dengan warna keemasan, putih dan hitam seperti menyerupai seekor panda.

Kereta api adalah sebahagian daripada usaha untuk membawa pengangkutan awam yang lebih lestari ke Chengdu County, ibu kota Provinsi Sichuan, China. Chengdu adalah sebuah kota kuno di China, terkenal dengan kuil-kuilnya, tarikan bersejarah, aktiviti sungai dan habitat panda yang bertempat di 'Chengdu Research Base Giant Panda Breeding'.

Mesti seronok kalau dapat naik 'Sky Train' ni sambil melihat luar dari bawah. Orang yang gayat wajib naik untuk cuba pengalaman ni, tak perlu nak takut sebab panda akan menceriakan korang dari bawah.

Sumber: The Verst

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah