Netizen Bengang Permit 100 Orang, Tetapi Air Terjun Sg. Pisang Tetap Penuh
TARIKANDi mana silapnya? Mengikut peraturan untuk masuk ke kawasan hutan dan tempat rekriasi perlu mendapatkan permit terlebih dahulu. Ini kerana had daya tampung dibenarkan hanya 100 orang seminggu dan selain Air Terjun Sungai Pisang, destinasi melibatkan hutan perlu diminta permit.
Namun, baru-baru ini tular video situasi di kawasan Air Terjun Sungai Pisang yang sesak dengan kehadiran pengunjung. Hal tersebut membuatkan rakyat Malaysia bimbang akan tercetusnya kluster baru jika ada segelintir individu tidak mengamalkan SOP.
Menurut perkongsian oleh salah seorang pengguna Twitter @Jatlkhwan dimana memaparkan lampiran lokasi hotspot pendakian dalam negeri Selangor yang dibenarkan masuk dengan permit.
Jika begitu, bagaimana Sg. Pisang sebelum ini boleh jadi begitu sesak sedangkan hanya 100 orang sahaja yang dibenarkan dalam seminggu untuk masuk. Di manakah mereka yang bertanggungjawab untuk memeriksa permit di kawasan terbabit?
Macam Tak Pernah Travel, Sg. Pisang Dipenuhi Dengan Kehadiran Manusia! SOP Entah Kemana
Negara kita masih lagi ramai yang mempunyai minda kelas ketiga untuk menjaga SOP diri sendiri tampak agak mustahil disebabkan itu permit dikeluarkan. Tetapi lain pula ceritanya jika tiada orang yang bertugas untuk memeriksa permit yang dikeluarkan sebelum pengungjung dibenarkan masuk. Hasilnya sama sahaja. Sg Pisang tetap akan sesak.
Tahukah Anda boleh ditangkap menceroboh jika tiada permit dan untuk memohon permit boleh dilakukan secara ‘online’. Melihat ke ruangan komen, boleh dikatakan ramai orang berasa terkejut kerana perlukan permit dan baru sahaja ketahui informasi tersebut.
Rupanya yang pergi Air Terjun Sungai Pisang ramai-ramai tu tak ada permit. Dan Air Terjun Sungai Pisang cuma ada had daya tampung 100 orang seminggu.
— Ikhwan (@JatIkhwan) September 13, 2021
Dah dah, pergi cari air terjun lain. Yang penting, minta permit, kang kena tangkap ceroboh. pic.twitter.com/SjUc3i6P68
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah