Tips Mudah Dan Simple Untuk Jadi Traveler Yang Bertanggungjawab
TRAVELEkonomi yang pesat dan juga saingan harga oleh syarikat penerbangan dan penginapan menjadikan melancong sesuatu yang mampu milik sekarang.
Ini menjadikan setiap lokasi penuh dengan pelawat dan kadang-kadang ada perkara kurang enak dilihat atau berlaku. Walaubagaimapun, ini tidak patut menjadi halangan untuk sesiapa pun melancong.
Jika anda melawat ke sesuatu negeri dalam Malaysia, anda adalah pelancong domestik dan jika anda melawat ke negara luar, anda adalah pelancong antarabangsa. Yang utama, anda adalah seorang pelancong dan anda perlulah bertanggungjawab.
Kami kongsi bagaimana kita boleh jadi pelancong yang berhemah.
1. Rancang perjalanan anda
Buat homework mengenai lokasi yang anda akan lawati. Jika ia sesak dengan pengunjung, cari masa yang sesuai supaya anda dapat menikmati makanan, lokasi atau tarikan di tempat itu. Di Bali tiada aktiviti akan dilakukan pada Hari Nyepi pada bulan Mac, lokasi ideal tanpa pelancong, tetapi semua servis pelancongan juga akan berehat.
2. Jaga adab
Setiap tempat ada adat dan budaya mereka sendiri. Pastikan apakah yang boleh dan tidak boleh di situ. Jika di Malaysia, hendak melawat Masjid, perlu menutup aurat. Di Bangkok, patung-patung Budha di anggap suci dan tidak boleh bergambar sebarang di sisi patung itu. Jika ke kawasan eko, elakkan mengambil spesis flora dan fauna pulang kerana ia akan menjejaskan kitaran hidup mereka.
3. Jaga kebersihan
Jaga alam sekitar dan elakkan membuang sampah di merata-rata tempat. Di Jepun, sistem buangan mereka sangat sistematik dan pengasingan sampah dibuat secara sistem kitar semula khas untuk rakyat mereka. Kita perlu ambil tahu dan mengikut spesifikasi pembuangan sampah di setiap lokasi yang kita lawati.
Jika sudah biasa menjadi pelancong yang baik di negara sendiri, kita tidak akan jadi janggal bila mengembara ke negara orang.
Masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak.
Yazlina Yahy (Pelancong domestik tegar)
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah