Bukit Kincir Angin Di Pulau Perhentian Adalah Kawasan Larangan Dan Bukan Untuk Pelancong

VIRAL
April 25, 2019 - 12:00 PM


Siapa antara korang yang pernah bercuti ke Pulau Perhentian dan berkunjung ke Long Beach untuk melihat atau bergambar di kincir angin yang ada di situ?

Korang tahu tak sebenarnya bukit yang menempatkan kincir angin di pulau peranginan itu adalah kawasan larangan dan bukan untuk tujuan pelancongan.

Mesti ramai antara korang tak tahu, kan? Ke tahu tapi nak juga naik ke situ?

Memetik laporan Berita Harian, Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan pengunjung terutama pelancong ketika mendaki atau menuruni bukit untuk melihat kincir angin di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, berkata bukit yang menempatkan sistem hibrid tenaga gabungan empat kuasa dibangunkan kerajaan negeri untuk menghasilkan tenaga elektrik dari kuasa angin itu merupakan kawasan yang dilarang masuk.

Walaupun kerajaan ada menyediakan tangga untuk ke puncak bukit yang menempatkan 2 menara kincir angin, kemudahan itu sebenarnya disediakan khas bagi pegawai dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan pemantauan, selain melakukan penyelenggaraan jika berlaku kerosakan.

Tetapi kerana adanya tangga tersebut jugalah membuatkan semakin ramai pelancong tempatan dan atarabangsa ke kawasan itu untuk bergambar atau melihat pemandangan menarik dari puncak bukit.

Untuk pengetahun korang, sebenarnya kerajaan negeri sudah meletakkan papan tanda larangan serta memasang pagar bagi menghalang pengunjung dan pelancong menaiki bukit kincir angin, malangnya ia ditanggalkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Jadi lepas ni, kepada korang yang ada rancangan untuk bercuti ke Pulau Perhentian janganlah menceroboh ke lokasi kincir angin berkenaan.

Bahaya, sebab jika berlaku sebarang kejadian tak diingini semasa korang mendaki atau menuruni bukit tersebut, tiada pihak akan bertanggungjawab. Sudahnya korang juga yang akan susah dan merana.

So, lepas ni elakkan daripada mengunjungi tempat itu sebab banyak lagi lokasi-lokasi cantik dan indah-indah belaka di Pulau Perhentian yang boleh korang enjoy!

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah