Pulau Peranginan Di Terengganu Mula Henti Terima Pelancong
VIRALNovember 04, 2019 - 01:35 PM
Setiap kali menjelang hujung dan awal tahun, pastinya lokasi pelancongan di pulau-pulau peranginan sekitar bahagian Pantai Timur akan mula ditutup sementara berikutan Musim Tengkujuh.
Tetapi kalau korang suka bercuti ke pulau di sebelah Negeri Terengganu, hanya ada 4 buah resort sahaja yang masih beroperasi di Pulau Perhentian iaitu Sharila Perhentian Resort, Coral View Resort, D’Rock Garden Resort dan Aina Ohana.
Pusat peranginan berkenaan dikatakan tetap beroperasi sepanjang tahun bagi memenuhi permintaan pelancong asing yang berminat dengan sukan luncur ombak.
Manakala pusat-pusat peranginan di Pulau Redang dan Pulau Kapas telah mula ditutup bermula bulan Oktober lagi, sementara di Pulau Tenggol mereka dijangka menghentikan kemasukan pelancong pada akhir bulan ini.
Pulau-pulau peranginan di Terengganu ketika ini sudah mulai sunyi ekoran pengusaha yang menghentikan tempahan pakej pelancongan kerana bimbang dengan keselamatan para pelancong terutama ketika dalam keadaan cuaca yang tidak tentu dan laut bergelora.
Setiap kali tibanya Musim Tengkujuh, kebanyakan pengusaha giat melakukan persediaan dan memindahkan pelbagai peralatan terutama bot ke lokasi selamat.
Menjadi rutin tahunan buat mereka setiap tahun untuk menutup tempat penginapan sementara waktu bermula Oktober sehingga Februari dan dibuka sepenuhnya pada Mac setiap tahun.
P/S: Jadi, kalau korang nak bercuti di pulau-pulau Terengganu kena tunggu sampai Mac tahun depan baru boleh tempah bilik semula ok!
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah