Pelancong Terkejut Hotel Yang Ditempah Masih Dalam Pembinaan, Rugi Lebih RM15 Ribu!
HOTELSiapa yang ada rancangan untuk bercuti ke Sepanyol, diharap korang lebih berhati-hati!
Ini kerana ada pasangan pelancong British, Liam Stuart dan tunangnya, Kelsie yang kecewa kerana telah tertipu dengan tempahan hotel yang dibuat mereka.
Hotel yang ditempah di Lloret de Mar, Costa Brava, Sepanyol dengan bayaran 3,000 Euro atau RM15, 855 indah khabar dari rupa apabila tempat penginapan itu sebenarnya masih dalam kerja-kerja pembinaan dan belum siap pun!
Cuba korang tengok gambar-gambar bawah ni, memang takde rupa hotel langsung! Hishhh..hishhh...
Menurut Stuart, hotel yang ditempahnya kelihatan sangat cantik dan gah apabila dipaparkan dalam laman web, namun hakikatnya ia sedang dalam pembinaan dan masih menjalani proses pengubahsuaian.
Akibat kejadian itu, pasangan berkenaan terpaksa menempah hotel lain untuk percutian mereka.
Bagaimanapun, jurucakap hotel berkenaan turut memohon maaf atas kejadian itu.
Katanya, kerja-kerja pengubahsuaian gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan akibat beberapa gangguan.
Malah, pihak hotel juga dikatakan akan membayar semula kepada pelancong yang terjejas.
P/S: Uishhh...macam ni punya kes pun ada ke? So kepada yang kaki travel tu hati-hati ya, jangan sampai plan cuti korang musnah dan terpaksa tidur tepi jalan pula...huhuhu...
Sumber: Daily Mail
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah