Tidak Beri Makan Kepada Haiwan Kesayangan – Anda Boleh Didenda Sehingga RM100,000!

VIRAL
October 19, 2018 - 01:16 PM


Pada yang ‘terlepas bas’, pada tahun lalu Akta Kebajikan Haiwan 2015 dah mula dikuatkuasakan dalam langkah untuk meningkatkan keprihatinan dan juga perkembangan dari sudut kebajikan haiwan di Malaysia.

Pada kami, langkah ini paling betul dan sesuai sebabnya pada masa kini, sesetengah daripada kita terutamanya anak-anak muda hanya menurut trend semata. Jika popular atau yang tengah in, maka itulah dibeli. Jaganya belum tentu.

Tak dinafikan, untuk mempunyai haiwan perliharaan pun sekarang ni ikut trend. Tengok member bela ular, dia pun nak ada ular. Tengok dekat Instagram, leopard gecko tengah trending, dia pun sibuk nak beli. Akhir sekali, terabai macam tu je.

Baca Juga : Kucing Ini Terburai Isi Perut Setelah Dibuang Namun Akhirnya....

Itulah masalah yang ada pada sesetengah daripada kita, hanya sebagai ‘hype’, tetapi jika anda ataupun ada kenal kawan-kawan yang sebegini, ingatkan pada mereka. Malaysia sekarang dah ada Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Akta ni, kalau kita baca pun menegaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan haiwan. Apa yang menarik perhatian kitorang adalah jika tidak memberi makan kepada haiwan perliharaan.

Dalam banyak-banyak, ini antara yang ditegaskan :

  • Menyepak, memukul, lebihkan muatan, mendera atau menakutkan haiwan.
  • Terlebih naik atau tunggang (kecuali sukan ekuestrian)
  • Tidak memberi makan dan minum kepada haiwan perliharaan

  • Pengangkutan haiwan yang menyebabkan penderitaan kepada haiwan
  • Minyimpan haiwan sakit tanpa alasan yang munasabah
  • Pertandingan menembak haiwan yang dilepaskan daripada kurungan
  • Menyebabkan kesakitan, mencatatkan haiwan

  • Keluarkan bahagian haiwan yang masih hidup untuk mendapatkan kulit, minyak yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan pada haiwan
  • Memasang dinamit
  • Membiarkan haiwan berpenyakit keluar tanpa pengawasan
  • Memberikan kejutan elektrik, memberikan racun dalam sungai
  • Membiarkan haiwan dirantai dengan tali pendek atau memincang kaki haiwan

  • Mengurung haiwan dalam sangakr kecil sehingga tiada pergerakan

Jika disabitkan kesalahan, denda yang boleh dikenakan adalah tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya.

Jadi, jadilah pemilik haiwan yang bertanggungjawab ye. Kalau dah tak mampu jaga, bagi ajelah dekat orang lain.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah