Bukit Katak - Lokasi Hidden Gem Untuk Bergambar Di Tasek Gelugor, Penang
JALAN-JALANMarch 30, 2021 - 06:59 AM
Kepada korang yang suka berjalan untuk mengambil gambar landscape dan unik, ada satu hidden gem yang terletak di Tasek Gelugor, Penang. Ramai yang dah explore lokasi ni dan gambar-gambar yang diambil memang sangat cantik dan memukau, tak macam lokasi dalam Malaysia guys. Lokasi yang dimaksudkan adalah Bukit Katak.
Nak sampai sini dari Butterworth tak ada lah jauh mana, perlu drive selama 30 minit sahaja.
Dan korang perlu hiking selama 10 minit sahaja ke atas, tapi jangan ingat mudah ya. Ada banyak batu tajam di sini, jadi sila pakai kasut yang bersesuaian. Nak drive ke atas pun boleh, tetapi jalan di sini penuh lumpur. Kesian kereta korang nanti.
Bila sampai di atas korang akan dapat lihat 'tasik' atau 'kolam' yang berwarna biru, memang sangat cun untuk bergambar. Lokasi ini pada asalnya merupakan bekas lombong timah satu ketika dahulu dan peninggalan lombong tersebut telah mencipta tasik buatan ni. Lagi cantik kalau korang bawa drone untuk ambil gambar dari atas membuatkan lokasi ini nampak sangat eksotik.
Disebabkan lokasi ini bukanlah satu lokasi tarikan rasmi, korang tidak dibenarkan sama sekali untuk berenang di dalam tasik tersebut, yelah bekas lombong timah kan. Bahaya tau dengan toksik-toksik yang ada dalam air tu. Sampah juga sila bawa balik ya, jangan main tinggal je di atas tu. Sebab memang tiada orang jaga tempat ni, kita jaga sendiri okay?
Alamat: Jarak Atas, 13220 Tasek Gelugor, Penang
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah