Tourism Malaysia Tawar Pakej Bufet Durian Siap Dengan Penginapan & Pengangkutan
JALAN-JALANSiapa antara korang yang suka sangat makan buah durian?
Kalau korang betul-betul ‘hantu durian’ dan sanggup terbang jauh atau bermalam di hotel demi nak makan durian di kebunnya sendiri, mungkin pakej bufet durian yang ditawarkan oleh Tourism Malaysia ni sesuai untuk korang!
Bersempena kembalinya musim durian di negara ini dan bagi mempromosikan baka durian terbaik di Pulau Pinang, Tourism Malaysia tampil dengan Durian Packages “Back by Popular Demand” – Eat As Much Durian As You Can @ 8321 Plantation, Balik Pulau.
Menerusi tawaran istimewa ini, korang hanya perlu membayar RM186 untuk pakej berupa bufet durian, penginapan 2 hari 1 malam di hotel yang terpilih serta pengangkutan pergi balik dari hotel ke kebun durian yang terletak di Tanjung Bungah.
Bagi yang tidak mahu menginap di hotel, pakej bufet durian ditawarkan dengan hanya RM66 seorang untuk dewasa dan RM36 untuk kanak-kanak.
Korang boleh makan sebanyak mana durian yang korang nak di kebun tersebut yang mempunyai 500 pokok durian, dari pukul 11 pagi hingga 5 petang!
Pakej bufet durian ini berlangsung selama 3 bulan iaitu bermula 6 Mei hingga 6 Ogos depan.
Ia merupakan hasil kerjasama antara pihak Tourism Malaysia dengan Asia Gateaway Tours dan disokong oleh Air Asia Berhad serta hotel-hotel terpilih.
Selain itu, terdapat juga pakej bufet durian 3 hari 2 malam yang berharga RM366 untuk seorang dengan minimum 4 orang bagi setiap pakej.
Lebih menarik, syarikat penerbangan AirAsia turut membantu mempromosikan bufet durian Pulau Pinang ini.
Korang hanya perlu menunjukkan pas masuk pesawat AirAsia ke Pulau Pinang dan boleh menikmati ganjaran berupa 10% diskaun tambahan daripada harga pakej bufet durian yang disenaraikan.
Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang memenangi tiket penerbangan pulang AirAsia dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Melaka.
Menarik, kan?
Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat beli sebab katanya sudah ramai pelancong dari Hong Kong dan China yang mula terbang ke Pulau Pinang hanya semata-mata untuk mendapatkan pakej bufet durian berkenaan.
Selain 2 jenis durian yang sangat popular di Balik Pulau iaitu Musang King dan Black Thorn, terdapat juga klon durian klasik yang ditawarkan dalam pakej bufet tersebut seperti Udang Merah, Kung Poh, Xiao Hong, Lipan, Capri, D11, D14 serta Kacang Hijau.
Sumber: Tourism Malaysia
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah