KAWS Holiday Bakal Mendarat Di Singapura!

TARIKAN
November 09, 2021 - 01:41 PM


Rakyat Malaysia zaman sekarang antara yang paling trendy ataupun mengikuti perkembangan fashion 'streetwear' mesti kenal salah satu nama besar dalam insdustri iaitu KAWS! Sebenarnya KAWS adalah salah satu hasil dari seniman terkemuka yang bernama Brian Donnelly.

Bermula dari November 13 sehingga 21, satu patung besar yang yang diberi nama Companion bakal menjadi tarikan terbaru di The Float Marina Bay, Singapura. Berukuran sepanjang 42 meter, KAWS: Holiday bakal singgah di perhentian ke tujuhnya di mana sebelum ini pernah berada di bandar-bandar terkemuka seperti Seoul, Taipei, Hong Kong, Jepun dan juga United Kingdom

Seniman itu berkata "semasa seluruh dunia sukar untuk terbang dalam keadaan yang mencabar ini, saya bersyukur mendapat peluang untuk berkongsi hasil karya saya HOLIDAY Project untuk memberi satu pengalaman seni di setiap lokasi perhentian, dan teruja untuk pertama kali datang ke Singapura"

Macam biasa, takkan KAWS datang tanpa collection terbaru kan? Korang yang berminat boleh dapatkan merchandise koleksi The KAWS: HOLIDAY SINGAPORE yang ekslusif hanya di Singapura bermula dari November 13 di ddstore.com.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah