Marina Bay - Apple Store Terapung Yang Pertama Dalam Dunia Di Singapura
TARIKANOctober 15, 2020 - 10:17 AM
Nampaknya ramai yang dah tak sabar nak tunggu keluaran peranti terbaru daripada Apple iaitu iPhone 12 pada tahun ini. Dengan inovasi kamera dan chipset bionic A14, nampaknya peranti iPhone 12 bakal mendominasi dunia smartphone tidak lama lagi. Tapi korang tahu tak bukan tu je perkara menarik yang datang dari Apple pada tahun ini?
Pada 10 September yang lepas, Apple telah membuka store terapung yang pertama di dunia di Marina Bay Sands, Singapura. Rekaannya memang sangat menarik dan unik kerana ia dibina dalam bentuk sfera. Yang paling penting tingkat atas bangunan ini 100% cermin dan memberikan pandangan panorama 360 darjah ke dunia luar. Memang cantik guys!
Dan pada waktu malam pula, permukaan kaca tersebut akan ditutup dan bangunan tersebut akan memancarkan logo Apple beserta cahaya lampu LED. Cahaya lampu pada waktu malam seolah-olah memberi gambaran tanglung. Memang sesuai dengan negara Singapura di mana majoriti penduduk mereka berbangsa Cina.
Ini merupakan Apple store yang ketiga dibuka di Singapura. Manakala di Malaysia pula tak ada satu pun lagi Apple store. Dan kalau korang masuk kedalam bangunan tersebut memang akan ramai orang yang datang untuk mengambil gambar di sini. Kalau nak beli barang boleh guna escalator dan turun ke tingkat bawah.
Design yang digunakan adalah minimalistic dan sangat ‘clean’. Kalau korang sekadar datang nak menikmati pemandangan Marina Bay Sands pun boleh kerana terdapat banyak tempat duduk yang disediakan di sini. Korang rasa bila agaknya Apple nak buka store pertama di Malaysia? Kalau buka pun agak-agak boleh lawan tak dengan Apple Store Marina Bay ni?
Sumber: apple.com
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah