Dah kemas Rumah Tapi Masih Berbau? 5 Punca Yang Anda Patut Ketahui

GAYA HIDUP
May 07, 2021 - 11:34 AM


Korang mesti suka bila dah penat balik dari kerja, sampai ke rumah, buka pintu dan rasa segar melihat rumah korang yang bersih  dan tenang.

Tapi walaupun kita rajin kemas rumah setiap hari tapi kita tak perasan kekadang ada bau tak sedap menusuk ke hidung dan tak tahu puncanya datang dari ruang rumah sendiri.

Daripada sibuk menyembur pewangi rumah, ada baiknya semak beberapa perkara ini yang mungkin menjadi penyebab munculnya bau kurang sedap.

1. Tempat pembuangan sampah

Ramai daripada kita kurang peka dengan pengurusan sampah. Kita ingat mudah, ikat sampah lepas tu terus buang dan membiarkan ruang sampah yang terbuka mengeluarkan bau. 

Seeloknya, lepas buang sampah  setiap hari dan terus cuci bekas sampah. Lepas tu baru boleh letak plastik sampah baharu, barulah tiada bau busuk menempel pada bekas tong sampah tu.

Cuci bekas sampah tu tujuan nak elak bau sampah sahaja, dan lebih memberi kesegaran pada rumah kita.

2. Pakaian basah atau kotor

Bakul baju kotor korang kalau letak dalam bilik atau kat ruang terbuka memang akan mengeluarkan bau, sebab baju-baju kita yang dah berpeluh atau basah keluar bau melalui wap lembab.

3. Tempat tidur

Pepatah 'malang tidak berbau'. Tapi ini bukan sahaja malang, bau bilik sendiri pon kita tak boleh hidu apatah lagi nak detect bau badan sendiri.

Cuci cadar seminggu sekali tapi jangan sekerap sangat nanti rosak pulak fabrik cadar tu. Seminggu dah cukup dah. Cadar biasa tempat cepat berbau sebab ada benda asing menghinggap dan kadang kala terkena minyak dan peluh badan.

4. Mesin basuh

Antara peralatan dalam rumah yang menjadi punca rumah kita berbau. Mesin basuh selalu bersentuhan dengan air maka akan berlaku pembiakan bakteria dan kulat yang menjadi penyebab bau busuk.

Untuk mengelak hal sebegini, guna campuran cuka dan serbuk penaik (baking powder) untuk elak sebahagian yang dah tumbuh bakteria dan kulat.

5. Saluran air

Saluran paip air di dapur penyebab lain bau busuk dalam rumah kerana ada kotoran yang terlekat di dalamnya. Bersihkan saluran dengan menuang air panas menggelegak ke dalamnya. Hati-hati kalau nak buat, admin risau hehe.

Lepas tu, ikut korang kalau nak tambah beberapa bahan lain seperti lemon, serbuk penaik, cuka putih atau kalau jumpa asid yang ada jual di kedai alatan rumah untuk membersihkan saluran.

Sumber: mStar

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah