Nak Bela Ular ? Ini Jenis-Jenis Ular Yang Sesuai Untuk Beginner
GAYA HIDUPUlar adalah haiwan yang sangat menarik, tapi kalau korang ada fobia atau geli, jangan teruskan pembacaan okay? Sebenarnya, trend memelihara haiwan eksotik dah lama wujud dan ada di Malaysia, cuma bilangan pemiliknya tak ramai. Lagi-lagi reptilia macam ular ini.
Sebenarnya, kalau kena dengan cara penjagaan, ianya adalah haiwan yang sangat jinak. Tapi, ingin diingatkan, bukan semua orang boleh jadikan ular sebagai haiwan perliharaan. Nak yang betul-betul minat dan faham komitmen- komitmen yang bakal datang nanti.
Jika korang berminat atau teringin nak ada ular sebagai haiwan perliharaan, harini kami akan kongsikan perkara-perkara asas yang korang perlu tahu dan jenis ular yang sesuai untuk beginner.
Sebelum kita bercakap pasal jenis ular yang sesuai untuk beginner, kita kena tahu beberapa perkara penting. Ini penting, sebab menjadikan ular haiwan perliharaan adalah satu komitmen jangka masa yang panjang. Sebabnya, seekor ular mempunyai jangka hayat yang sangat panjang. Ada yang menjangkau lebih daripada 20 tahun.
#1. Sanggup Bagi Makan
Sebelum nak bela ular, korang kena ingat yang ular ni adalah reptilia pemangsa. Diet ular adalah tikus. Dan korang kena sanggup bagi makan tikus (sama ada yang hidup atau frozen) kepada ular kesayangan korang nanti.
#2. Risiko Terlepas
Ular adalah escape artist paling power. Dalam erti kata lain, dia pandai untuk larikan diri kalau korang terlupa nak tutup atau bekas korang simpan tu tak cukup selamat. Walaupun lubang tu kecil, seekor ular akan berjaya cari cara untuk lepaskan diri.
dan ada beberapa lagi perkara yang perlu korang fikir panjang. Antaranya, penerimaan keluarga, ruang penyimpanan makanan (tikus), dan cara penjagaan.
Apa-apa pun, sebelum membeli ular dan dijadikan haiwan perliharaan korang, tolong, tolong, tolong lakukan pembacaan dan fahamkan dulu. Bukan apa, ada banyak kes dimana bila rasa dah tak terjada, ular-ular ini akan dilepas dan akhirnya akan mati sebab cuaca tak sesuai atau dibunuh oleh orang yang sangka ianya berbisa.
Memilih Ular
Untuk memilih ular, banyak pendapat yang mengatakan seeloknya ular tersebut dibeli daripada breeder yang dipercayai atau di kedai haiwan. Jangan bela ular yang ditangkap ataupun yang liar.
Selain susah untuk dijinakkan, ular yang ditangkap ini kebiasannya akan cepat stress dan membawa pelbagai penyakit.
Selain itu, sebelum memberli se-seekor ular boleh minta penjual demo-kan waktu memberi makanan. Korang perhatikan reaksi ular tersebut. Dia dah bersedia atau pandai makan tikus mati atau hidup tak. Ataupun ada masalah tak untuk makan. Kebiasaannya, kalau ular yang dibeli di breeder yang betul, ular tersebut tak akan ada masalah-masalah ini.
Jenis – Jenis Ular Untuk Beginner Di Malaysia
Untuk permulaan, ada beberapa spesis yang sesuai dan dijual di pasaran Malaysia.
- Corn Snake
- Sebelum ball phyton popular sebagai haiwan perliharaan, jenis corn snake (Pantheroptis guttata) adalah yang paling popular.
- Satu sebab corn snake ni mempunyai variasi dan warna yang pelbagai. Tapi, lain variasi warna, lainlah harganya.
- Saiz tidak terlalu besar dan mudah untuk dijaga, mudah juga untuk diternakan.
- Mudah untuk didapati.
- Harga permulaan sekitar RM150 ke atas (saiz sejengkal, besar sebatang pensil).
- King Snake
- Sama seperti cornsnake, kingsnake tidaklah besar sangat. Panjang maksimum 4 kaki.
- Harga sekitar RM150 jugak untuk permulaan
- Milk Snake
- Milksnake adalah salah satu species kingsnake juga sebenarnya, Cuma variasi warnanya lebih menyerlah.
- Tak berbisa
- Diet lebih mudah. Makan serangga, cenkerik, cicak dan tikus. Ada juga yang makan telur, katak, ikan dan ular lain.
- Ada 24 sub spesis kesemuanya.
- Ball Phyton
- Ball phyton bukan ular sawa biasa ye. Dalam erti kata lain, ball phyton ni selamat. Dia adalah ular yang paling popular dijadikan haiwan perliharaan.
- Saiz maksimum adalah 2 hingga 3 kaki sahaja (ular jantan) ular betina boleh menjangkau 5 kaki.
- Sejenis ular yang pemalu, jadi kena di tempat yang tersorok. Tapi pastikan bekas penyimpanan tu punyai pengudaraan yang cukup.
Untuk saiz, korang boleh refer carta ni :
Tambahan :
Di Malaysia, disebabkan iklim kita panas dan hujan sepanjang tahun, jadi ular-ular ini tak perlukan lampu atau ‘heater’. Cukup sekadar bekas yang mempunyai pengudaraan yang baik dan mangkuk air berat.
Sebabnya, ular ni suka berendam, lagi-lagi sebelum bersalin kulit. Jadi pastikan mangkuk tersebut cukup besar untuk ular korang dan berat supaya tak terbalik.
Dari segi pemakanan, bagi makan 2 minggu sekali. Kadang-kadang selang 3 minggu, ini untuk menjaga sistem penghadaman ular ni jugak.
Apa-apa pun, sebelum nak ada seekor ular sebagai haiwan perliharaan, research dan tanya penjual cara-cara penjagaan. Buat bacaan dekat website dan sebagainya.
Oh, nak beli dekat mana?
Dekat Malaysia ni ada banyak kedai reptilia, antaranya yang kitorang boleh suggest adalah Exoreptiles, Reptile Bazaar dan banyak lagi. Korang rajin-rajin cari dekat facebook ye ataupun, korang join group ni dekat facebook
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah