Ole – Ole Khas Yang Boleh Dibawa Balik Dari Palembang

GAYA HIDUP
March 10, 2020 - 02:15 PM


Sekiranya anda menjejakkan kaki ke kota penuh bersejarah Palembang di Sumatra Selatan, pastinya tidak lengkap perjalanan sekiranya tidak membawa buah tangan atau ole-ole yang boleh mengingatkan anda tentang destinasi tersebut.

Terkenal dengan pempek, ada beberapa jenis ole – oleh khas Palembang yang sangat sesuai dibawa pulang sekiranya anda ke sana.

#1. Kemplang

Kemplang merupakan sejenis keropok ikan yang biasanya boleh didapati di daerah Sumatra seperti Palembang dan juga Bangka.

Menariknya, tidak seperti keropok ikan yang lain, kemplang akan dibakar diatas api dan ini akan membangkitkan aromanya. Biasanya kemplang akan dimakan bersama pencicah khas dipanggil sambal terasi.

Isinya biasa menggunakan ikan tenggiri atau ikan gabus. Nak bawak balik ke Malaysia, kena berhati – hatilah, sebab saiz dan teksturnya membuatkan ia senang pecah jika disimpan dalam beg. Jadi, pepandailah. Hehe.

 

#2. Kuih Maksuba

Jika Sarawak terkenal dengan Kek Lapisnya, versi Palembang dipanggil Kue Maksuba. Ia biasanya disajikan pada acara khas dan disajikan kepada tetamu – tetamu tertentu. Cara pembuatannya juga agak berlainan, ia akan di panggang, bukan dikukus.

Jadi, ole – ole ini amat bersesuaian untuk dijadikan buah tangan dan agak ‘special’.

 

#3. Kue Delapan Jam

Selain menjadi makanan tradisi dan makanan khas Palembang, Kue Delapan Jam ini juga boleh dijadikan buah tangan untuk keluarga atau saudara untuk dibawa pulang.

Cara memasaknya adalah dengan menggunakan kukusan. Selain itu, dahulunya kuih ini hanya boleh dinikmati oleh golongan bangsawan. Namun, ada beberapa kedai tertentu sahaja yang menjual kuih ini sebagai ole – ole.

 

#4. Kain Jumputan Palembang

Rupanya seakan – akan batik, ia merupakan kain tenun tradisional alembang yang diperbuat dengan cara ikat jelujur.

Biasanya, kain ini juga disebut kain pelangi dan akan dibuat secara ‘hand-made’ oleh penduduk tempatan. Corak dan warna yang pelbagai (seakan – akan pelangi) inilah yang membezakan motif kain jumputan di Palembang dengan daerah lain.

Untuk lelaki, ada berbentuk baju yang boleh dibeli dengan harga sekitar Rp 200.000 untuk yang berkualiti tinggi dan asli. Kalau untuk wanita, biasanya ia dijual satu set termasuk kain untuk baju dan selendang atau kain sepanjang 3 meter. Harga sekitar Rp 350.000.

 

#5. Songket Tenun Palembang

Songket Tenun Palembang adalah kain songket yang paling berkualiti di Indonesia. Ia disebut sebagai ‘Ratu Segala Kain’ dan khasnya di Palembang ini, mereka akan menggunakan benang emas.

Seperti kain tenun yang lain, proses pembuatan tenun Palembang ini biasanya mengambil masa sehingga 3 bulan untuk disiapkan dan ini berbeza dengan songket biasa yang boleh disiapkan dalam masa 3 hari sahaja.

Ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk menentukan sesebuah kain tenun Palembang itu asli dan salah satunya ialah dengan membakar hujung bebenang songket lalu dihidu aroma suteranya. Biasanya ia akan berbau seperti aroma ikan bakar. Nak buat ujian ini, pastikan mendapat izin dan persetujuan pemilik kain ye.

Kedua, songket asli lebarnya tidak kurang dari 80 sentimeter, ini biasanya adalah ukuran mesin tenunan juga sebenarnya. Jadi, mesin tenun ‘original’ tak ada yang bersaiz lebih pendek dari itu.

Songket Tenun Palembang yang paling mahal setakat ini dijumpai di Kedai Fikri Koleksi yang berada di kawasan Jl. Ki Rangga Wirasantika Wirosentiko, bahagian Ilir Kota Palembang. Harganya mencecah Rp 70 juta (sekitar RM20 ribu!) kerana diperbuat dari bebenang emas asli.

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah