Sebab-Sebab Kukuh Kenapa Perkahwinan Orang Dulu Bertahan Lama
GAYA HIDUPperkahwinan ni. Iyelah, dimadukanlah, rampas suami orang lah, diceraikan dan macam-macam lagi.
Sekadar bertanya, kenapa lah kan, perkahwinan orang dulu-dulu tahan lama? Walaupun dulu, bayangkanlah, mana ada Facebook, mana ada whatsapp, tapi elok je sampai harini.\
Puas kami selidik, melalui pembacaan dan perkongsian dari orang dulu-dulu, kesimpulannya adalah 5 sebab-sebab ni :
#1. Perkahwinan Dulu Tak Ada Dating/ Cinta Monyet
Bila difikirkan balik, ada betul sebab yang pertama ni. Iyelah, cuba bayangkan, bercinta zaman belajar dah 5 tahun, pendek kata kentut pun dah bau wangi. Jadi, bila ke alam perkahwinan, dah tak rasa perasaan hidup bersama tu.
Sebab tu orang dulu-dulu dan menurut Islam pun kita disuruh bercinta selepas kahwin.
#2. Selepas Bersanding, Jumpa, Berkenalan Dengan Saudara Mara Sebelum Honeymoon
Ini pesan orang dulu-dulu, lepas bersanding tu, amik la masa menziarah atau sesi suai kenal dengan saudara mara. Jangan terus pergi berbulan madu.
Jika masing-masing dah kenal keluarga pasangan, peratusan nak timbul masalah tu kurang lah sikit.
#3. Perlu ada 3 Perkara
Sakinah (ketenteraman), Mawaddah (cinta), Rahmah (Kasih Sayang).
Kunci kebahagiaan rumah tangga ada dalam 3 perkara ini, kalau dijaga elok-elok, insha-Allah, rumahtangga akan berkekalan.
#4. Jangan Lupakan Allah
Yang point ini, ramai yang terlepas pandang ataupun terleka. Ye lah, bila masing-masing sibuk mengejar dunia, sampai lupa kebahagian yang dijanjikan di akhirat.
Bila dah terlalu sibuk ddi pejabat, urusan dengan keluarga dan pencipta mula diabaikan. Sepatutnya kena seimbangkan, kerana Dia pegang kebahagiaan.
#5. Campur Tangan Ahli Keluarga
Suami adalah ketua keluarga, jadi seharusnya isteri perlu mengikut cakap suami. Apa yang berlaku masa kini adalah ibu bapa yang menjadi penasihat dalam rumah tangga. Betul, nasihat daripada kedua mereka kita kena minta juga, tapi tak perlulah sampai urusan rumah tangga kita, ibu bapa yang tentukan.
Sebab selalunya bila ada campur tangan keluarga ni, keadaan jadi buruk.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah