Kes Penceraian Tinggi Di Selangor, JAIS Cadang Wajibkan Kursus Selepas Berkahwin
GAYA HIDUPMakin meningkat kes penceraian di Selangor, perlu ke kursus selepas berkahwin?
Kursus pasca perkahwinan mungkin akan diwajibkan buat pasangan suami isteri yang beragama islam di Selangor sebagai salah satu usaha Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) idalam usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan sekaligus mengatasi kes penceraian yang tinggi di negeri itu.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nik Suhaila Nik Hussin, cadangan tentang kursus ini masih lagi diperhalusi sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi selaras dengan seruan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar setiap jabatan agama negeri untuk memperkasakan pasca perkahwinan.
Perkara itu dikongsikan Nik Suhaila menerusi satu program bual bicara yang berlangsung di Facebook dan Youtube Media Selangor.
JAIS sudah ada kursus tersebut.
Tambah Nik Shuhaila, JAIS sebenarnya memang sudah mempunyai kursus tersebut, namun kekangan mereka adalah dari segi kos sehingga menyebabkan bilangan peserta berkurangan.
Jelasnya terdapat empat modul yang dilaksanakan mengikut usia perkahwinan dalam membantu pasangan memperkukuhkan rumah tangga.
Menurutnya, kursus itu merupakan satu cara dalam menyelamatkan rumah tangga dan kita sentiasa konsisten melakukannya setiap tahun dengan modul Jakim namun setakat ini belum diwajibkan.
Empat modul tersebut adalah :
1. Fasa bulan madu (usia perkahwinan 1 hingga 5 tahun)
2. Fasa semarak kasih (6 hingga 10 tahun)
3. Fasa sehati sejiwa (11 hingga 20 tahun) dan
4. Fasa Syurga cinta (21 tahun ke atas)
Jelasnya kursus-kurus ini juga untuk mengukuhkan dari segi kewangan, mental dan menguruskan konflik pasangan suami isteri memandangkan mereka kini bukan berangan-angan sebaliknya sudah melalui sendiri alam rumah tangga setiap hari.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan jumlah penceraian tertinggi direkodkan JAIS adalah pada 2019 membabitkan 9,438 pasangan namun mengalami penurunan mendadak iaitu sebanyak 7,683 pasangan pada tahun lalu.
“Walaupun mencatat penurunan ketara pada tahun ini, ia mungkin disebabkan terdapat beberapa kekangan untuk berurusan di mahkamah syariah,” katanya.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah