Sering Menjadi Lokasi Perkelahan, Kini Sungai Gabai Musnah Akibat Banjir
GAYA HIDUPJanuary 04, 2022 - 12:28 PM
Seperti yang kita tahu, bencana banjir yang menimpa negara dua minggu lalu di beberapa negeri telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam. Hampir semua mangsa banjir kehilangan pelbagai keperluan hidup.
Kemusnahan dan kerosakan juga berlaku di kawasan yang menjadi tumpuan pengujung khususnya di Selangor. Sungai Gabai kini hanya tinggal kenangan.
Bernama memuat naik beberapa keping gambar semasa Pusat Rekreasi Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat yang kini telah musnah akibat banjir teruk di Selangor.
Berdasarkan gambar yang dikongsi, kita dapat lihat perubahan 360 darjah lanskap Sungai Gabai yang sering menjadi lokasi perkelahan pada hujung minggu sebelum ini lenyap begitu sahaja
Tempat yang pernah kita ukir memori bersama yang tersayang kini hanya tinggal kenangan. Moga proses membaik pulih Sungai Gabai berjalan dengan lancar agar kita dapat menikmati semula keindahan semula jadi yang pernah kita kecapi.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah