RFID - Sistem Baru Pembayaran Tol Elektronik , Fakta – Fakta Penting Yang Pengguna Perlu Tahu

GAYA HIDUP
September 24, 2018 - 11:27 AM


Seperti yang kita sedia maklum, pihak Touch ‘n Go dah mula uji sistem pembayaran tol gunakan tag RFID sejak tahun lepas.

Untuk yang belum tahu, RFID ni adalah sistem pembayaran tol secara elektronik sama seperti Smart Tag, cumanya ia menggunakan pelekat khusus yang ditampal pada cermin hadapan ataupun lampu kenderaan korang.

Kami yakin, ramai yang tertanya-tanya, bila nak mula gunakannya. Betul tak? Baru-baru ini, pihak T ‘n G ada membuat ‘media day’ untuk menerangkan segalanya tentang RFID. Dan ada beberapa fakta tentang RFID yang perlu diketahui oleh semua sebelum ia dilancarkan sepenuhnya kepada umum nanti.

 

Apa Itu RFID?

Radio Frequncy Identification. Itulah maksud RFID sebenarnya. Pengenalan melalui frekunsi radio. Dalam konteks Touch ‘n Go ini, RFID adalah sistem pembayaran elektronik tol yang menggunakan pelekat khusus atau dikenali sebagai RFID tag.

 

Macam Mana RFID Berfungsi?

Sama macam smart tag, bila satu-satu kenderaan melalui kawasan tol, pengimbas akan mengimbas frekuensi radio yang dihantar oleh RFID sticker yang ada pada kenderaan.

Kadar tol kemudian akan dicaskan kepada akaun e-wallet Touch ‘n Go pemilik kenderaan tersebut. HANYA SATU RFID Sticker dibenarkan untuk satu kenderaan. 

 

Proses Pemasangan RFID

Buat masa sekarang, pemasangan RFID ini hanya boleh dibuat di authorised centre sahaja. Pemasangan hanya perlukan sekitar 15 minit.

SENARAI AUTHORISED CENTRE PEMASANGAN RFID

 

Siapa Boleh Gunakan RFID

Dalam tempoh percubaan (yang telah bermula sejak 3 September), ujian RFID hanya dibuka kepada kenderaan yang dipandu sekitar Lembah Klang sahaja.

 

Kenderaan Yang Boleh Gunakan RFID

Jenis kenderaan yang boleh memohon dan menggunakan sistem RFID ini hanyalah pengguna kelas 1, iaitu kereta, van, jeep dan pickup (termasuklah SUV) dan sebagainya. Buat masa sekarang, pengguna kelas lain belum boleh menggunakannya.

 

SYARAT-SYARAT PEMASANGAN :

#1. Mempunyai Telefon Pintar

Untuk menggunakan RFID, pengguna harulah memuat turun e-wallet Touch ‘n Go di Playstore atau App Store.

#2. Ada Aplikasi E-wallet Touch ‘N Go

Kalau ada smartphone, tapi tak download apps e-wallet ni pun tak guna jugak. Aplikasi e-wallet ini mempunyai fungsi seperti reload, pembayaran, pemindahan yang boleh dilakukan dimana sahaja dan pada bila-bila masa.

#3. Signal Telefon / Bateri Handphone Mati

Ini bukanlah syarat, cumanya ini soalan yang ada sesetengah orang tanya. Jawapannya, sistem RFID ni dia kesan sticker RFID untuk kenakan bayaran tol dan bukannya smartphone korang. Jadi tak ada masalah kalau bateri mati, atau signal telefon tak ada waktu melalui tol.

Kalau tak faham lagi, meh tengok video yang disediakan oleh Touch 'N Go ni...

Kalau berminat, boleh lah daftar dekat laman web diorang apabila ia dibuka sepenuhnya kepada pengguna nanti.  DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA RFID

Untuk maklumat lanjut mengenai RFID, boleh layari laman web ini.

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah