Tips Cuci Pakaian Semasa Travel

TRAVEL
September 10, 2019 - 12:37 PM


Kadangkala, bukan semua benda dan perkara berkenaan travel ni indah dan salah satu perkara yang menjadi masalah setiap kali sebelum dan selepas travel adalah pakaian. Sebelum pergi, berapa banyak bilangan pakaian yang kena bawak sudah tentu memeningkan kepala, bawak sikit, takut tak cukup. Bawak banyak, berat pulak beg. Pening!

Tak kiralah korang travel light, mahupun jenis yang kena bawak satu almari semasa bercuti, akhir sekali nanti korang mesti kena basuh semua pakaian tu kan? Untuk korang yang selalu travel, korang boleh cuba tips ini.

#1. Scrubba Wash Bag

Selain basuh baju handwash dan sidai dekat dalam bilik air, korang boleh cuba beli Scrubba Wash bag ni dari mana – mana kedai yang ada jual barang untuk camping dan sebagainya. Korang boleh cari online kalau susah nak jumpa, harga sekitar RM279.

Walaupun ini bukan posting berbayar untuk promote Scrubba ni, tapi benda ni patut ada kalau korang jenis hardcore atau nak travel light dan jimat. Selain memudahkan korang untuk men’dobi’, korang boleh jugak letak baju kotor dalam ni, setidaknya tak bercampur dengan baju bersih.

Bila rasa nak cuci, masukkan sabun (apa jenis sekalipun) dan basuhlah baju korang tu.

 

#2. Servis Dobi Hotel  

Biasanya, banyak hotel ada sediakan perkhidmatan mencuci pakaian ni. Cuma, atas kehendak atau keperluan kita lah nak gunakan atau tidak. Biasanya, harga perkhidmatan cuci pakaian dekat hotel lebih mahal sedikit dari harga luar. Cuma, korang tak perlu pening kepala nak mencari dobi dan pakaian bersih akan dihantar terus ke bilik.

 

#3. Cuci Tangan

Paling mudah dan paling menjimatkan, cuci tangan aje. Alah, macam kita selalu buat zaman duduk hostel dulu.

Ada beberapa trick untuk cucian baju guna tangan semasa travel ni kalau korang nak cuba.

Pertamanya, penuhkan sinki, baldi atau bath tub mahupun beg Ziploc (ini ikut kuantiti baju yang nak dicuci lah) dengan air suam dan tambahkan sedikit sabun pencuci. Sabun pencuci ni korang boleh cari dekat kedai runcit mahupun kedai serbaneka yang ada dekat dengan hotel. Kalau terdesak sangat, sabun mandi hotel tu pun boleh.

Kedua, korang pusingkan baju kotor yang dah direndam tu beberapa kali. Macam pergerakan mesin basuh tu, tapi ini secara manual. Kalau penat, korang pijak-pijak pulak. Tapi, pastikan kaki korang tu bersih lah. Kalau ada kawasan tertentu yang kotor pada pakaian, korang boleh letakkan sabun di kawasan tersebut dan sental dengan baju tu sendiri.

Ketiga, rendam. Rendam secukup rasa. Disarankan sekitar 5 minit lah. Oh iye, untuk langkah kedua tadi, lebih baik diasingkan baju bewarna dengan baju putih. Hehe. Takut turun warna nanti, rosak baju.

Langkah empat; buangkan air, bilas dibawah air mengalir untuk hilangkan sabun dan sebagainya dan terakhir sekali, perahlah sehabis yang boleh. Sebelum nak jemur, kalau boleh perahlah betul-betul supaya masa yang diambil untuk pakaian korang kering tu tidak terlalu lama. Kalau terdesak sangat, gunakan tuala untuk serap sikit air. Kendian jemurlah di tempat yang sepatutnya.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah