3 Gunung Berapi Aktif Yang Korang Boleh Panjat Di Asia.

JALAN-JALAN
April 30, 2018 - 05:11 PM


Kewujudan gunung berapi dan aktiviti yang berlaku sekitarnya sejah lebih beratus-ratus tahun dulu telah menghasilkan beberapa ciri semulajadi yang menarik. Selain daripada kawah, kebiasaannya akan ada aliran lava, tiub lava dan juga kaldera iaitu permukaan yang terbentuk akibat runtuhan gunung berapi.

Jika korang tergolong dalam traveller yang nakkan ‘adventure’, salah satu aktiviti yang boleh korang lakukan adalah hiking di gunung-gunung berapi ini.

Kitorangi ada terjumpa senarai 15 gunung berapi yang boleh korang ‘hike’, cumanya kitorang nak kecilkan skop tersebut, kitorang fokus yang terdapat di Asia sahaja. Namun, korang kena sedar yang rikiso mendaki gunung berapi ni tetap ada, dan langkah berjaga-jaga dan sentiasa patuhi arahan keselamatan kawasan setempat yang korang plan nak pegi nanti.

Dalam 15 senarai tersebut, 3 gunung yang akan kami nyatakan ini terdapat di Asia, iaitu :

 

#1. Mount Aso

Terletak di Kyusho, iaitu pulau ketiga terbesar di Jepun, permukaan atau bukaan gunung Aso adalah diantara yang terbesar di dunia. Dengan diameter 16 batu, dan ukur lilit sejauh 80 batu.

Di kaldera ini, terdapat lima puncak gunung berapi; dan salah satu daripadanya adalah, Gunung Nakadake, adalah gunung berapi aktif yang mempunyai puncak setinggi 4,900 kaki.

 

Korang boleh sampai ke Nakadake Crater ni dengan menaiki bas dari Stesen JR Aso di Aso, Kumamoto, Jepun ke Stesen Asosan Nishi. Perkhidmatan Ropeway dari stesen ke kawah kini dihentikan buat sementara waktu, tapi dari stesen untuk sampai ke kawasan kawan hanya ambil masa setengah jam berjalan kaki.

 

#2. Gunung Rinjani

Selain daripada Bromo, Semeru, Merapi, Gunung Rinjani jugak termasuk dalam senarai 15 gunung yang kitorang jumpa.

Merupakan gunung berapi yang kedua tertinggi di Indonesia, dengan ketinggian 12,200 kaki, Gunung Rinjani terletak di Taman Negara Gunung Rinjani. Walaupun setakat ni tak ramai yang berjaya sampai ke puncak, trip dua hari membolehkan korang sampai ke bibir kawah untuk tengok Segara Anak, tasik yang ada disitu.

Di Rinjani ni jugak ada Aik Kalak iaitu kolam air panas semula jadi dan Gunung Barujari yang digelar ‘baby’ volcano.

Salah seorang kenalan kitorang yang dah sampai Rinjani - Adel Kamal nama dia =D 

Untuk ke Rinjani ni, korang kena ke Lombok dulu. Kemudian ada dua point untuk ke atas iaitu Senaru atau Sembalun Lawang. Walaubagaimanapun, kerajaan Indonesia tak galakkan sangat kalau korang nak main panjat je tanpa ada guide. Jadi, amik mana-mana guide adalah pilihan yang terbaik.

 

#3. Mount Mayon

Gunung Mayon merupakan gunung berapi yang paling aktif di Filipina. Mengikut sejarah, gunung ni dah Meletus sebanyak 50 kali sejak 1600 dan terbaru, pada awal tahun ini.

 

Walau bagaimanapun, trek untuk hiking disini merupakan yang paling sukar antara gunung yang kitorang listkan. Mengikut ranking atau darjah kesukaran yang diberikan oleh Trail Adventours, Mayon ni rating kesusahan dia adalah 7 per 10 dan mengambil amsa kira-kira 2 hari untuk ke puncak.

Untuk ke sini, korang perlu ke Legaspi di Albay. Dari sana, ada 2 trail yang boleh digunakan. Sama ada BUYUHAN yang bermula di Buyahan atau BUANG yang bermula di Tabaco.

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah