8 Negara Terkenal Dengan Teh Terbaik Di Dunia
JALAN-JALANKorang ‘tea-person’? Tak kiralah jenis teh macam mana sekalipun. Teh tarik, Camomile, Jasmine Tea, English Breakfast dan bermacam-macam jenis lagi.
Kalau korang memang peminat teh, ada 10 negara di dunia ini yang terkenal dengan teh mereka.
Tidak kiralah cara pembuatannya, teh merupakan salah satu minuman yang sering diminum di mana sahaja pelusuk dunia.
Berikut adalah 8 negara yang terkenal dengan pembuatan Teh di seluruh dunia.
#1. Morocco
Di Morocco, kebanyakkan teh akan disediakan oleh lelaki dan cara menghidangkannya adalah dituang tinggi atau dalam bahasa kita ‘tarik’ tinggi untuk menghasilkan buih. Adat di Morocco, teh akan dihidangkan sebanyak tiga kali kepada tetamu dan setiap hidangan, ia akan menjadi lebih kuat rasanya.
Teh Morroco ni mudah untuk ditemui dan ciri khas dia adalah dia akan dicampurkan dengan sedikit gula dan daun pudina. Di bahagian selatan Morocco, teh mereka kebiasaannya akan lebih manis dan selalunya dihidangkan dengan makanan.
#2. Sri Langka
Di kepulauan Sri Langka, ada satu kawasan tanah tinggi yang mempunyai teh yang sangat berkualiti. Bandar Kandy, Dumbula dan Nuwara Eliya terdapat ladang teh yang mana pelawat boleh datang untuk melawat sebelum menikmati minuman teh mereka.
Lebih tinggi kawasan tersebut, rasa teh akan lebih lembut tetapi warna lebih pekat. Terdapat juga muzium teh Ceylon di Kandy.
#3. India
India merupakan sebuah negara pengeluar dan komuniti meminum teh yang terbesar dan terkenal dengan teh yang dipanggil ‘masala chai’. Masala Chai adalah campuran teh hitam dengan susu, gula, halia dan pelaga.
Mengikut kawasan, ada bahan atau rempah lain akan ditambah kedalam teh untuk memberikan rasa yang unik terdapat di India sahaja. Boleh dikatakan disetiap jalan akan menjual teh.
#4. China
Tradisi meminum teh di China merupakan yang terdua di dunia dan di China juga mereka mempunyai majlis khas untuk meminum teh sahaja. Kebanyakan teahouse disana menawarkan teh yang mahal. Sama ada teh kuning, hijau mahupun hitam. Ada sesetengah pendapat, teh disana berwarna merah.
Antara yang paling terkenal adalah di wilayah Sichuan.
#5. Jepun
Kalau korang pernah cuba teh di Jepun, ianya memang sedap terutamanya diacmpur dengan sedikit jasmine. Tapi, seeloknya cuba ke tea house yang disediakan oleh wanita berkimono. Baru dapat ‘feel’ Jepun tu.
Biasanya, akan ada satu ritual meminum matcha (teh hijau). Ini pengalaman yang korang kena cuba.
#6. United Kingdom
Orang British ni memang terkenal dengan tradisi minuman ‘afternoon tea’. Biasanya tradisi ini akan dilakukan pada pukul 4 petang merujuk kepada tradisi yang dimulakan oleh Anna, Duchess di Bedford pada tahun 1840.
Biasanya afternoon tea di UK akan dihidangkan bersama timun, sandwich atau kek.
#7. Turki
Turki terkenal untuk menghidangkan teh epal kepada pelancong yang datang untuk membeli permaidani di kedai-kedai. Teh Turki sebenar adalah yang ditanam di persisiran Laut Hitam yang mempunyai rasa yang kuat, warna pekat dan sedap.
Kebiasaanya, teh akan dihidangkan dalam teko besi dua tingkat bersama susu. Selain itu, ia juga akan dihidangkan dengan biskut masin ataupun manis.
#8. Kenya
Selepas China dan India, Kenya juga merupakan pengeluar teh terbesar di dunia. Terdapat pusat jualan / lelongan teh kedua terbesar di dunia terletak di Mombasa.
Ciri teh Kenya terkenal dengan warnanya yang keperangan yang cerah.
Ladang teh terdapat di Kericho, yang mana pada tahun 1950 dibina The Hotel yang dibina oleh syarikat Teh British, Brooke Bond.
5 TEH PALING MAHAL DI DUNIA
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah