Lord Howe Island – Kepulauan Terpencil Di Australia

JALAN-JALAN
November 01, 2019 - 01:44 PM


Terletak kira-kira 741 kilometer dari Brisbane, 779 kilometer dari Sydney, Pulau Lord Howe ini adalah sebuah pulau yang rakyat Australia sendiri pun ada yang tidak mengetahui stuatus kewujudannya.

Mempunyai keluasan hanya 56 kilometer persegi, ia sebenarnya terdiri daripada gugusan 28 pulau-pulau kecil selain pulau utama. Dari segi populasi, hanya ada 350 orang penduduk dan bilangan pelancong yang dibenarkan untuk kesini hanyalah 400 orang!

Fakta menarik tentang kawasan ini adalah, disebabkan saiznya yang kecil (mungkin), had laju kenderaan yang dibenarkan hanyalah 25 kilometer per jam dan jumlah kenderaan yang sangat terhad.

Walaupun begitu, disebabkan kedudukan dan sejarah ‘penciptaan’ kepulauan ini menyebabkan ia dikatakan ‘syurga’ Australia yang tidak terusik dan ia dianugerahkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1982.

Untuk kesini, perjalanannya agak mencabar kerana perlu mengambil penerbangan domestik dengan pesawat ringan sebelum tiba di pulau ini.

Sebagai saranan, pengangkutan terbaik adalah menggunakan basikal dan dari segi tarikan menarik pula, anda boleh ke Mt Gower, North Beach atau Ned’s Beach.

Kalau nak tahu, di pulau ini ada sekitar 10 kawasan untuk luncur air atau surfing dan perairan sekitar pulau ini adalah habitat kepada 90 spesis terumbu karang dan juga lebih daripada 500 spesis ikan. Jadi, boleh snorkelling disini!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah