6 Lokasi Lemang Di Lembah Klang Yang Boleh Buat Penghantaran Sampai Depan Rumah

MAKAN
May 17, 2021 - 05:59 PM


Raya kan sebulan! Jadi, apakah itu raya kalau korang tak melantak lemang, ketupat, rendang, dan serunding sepanjang bulan syawal ni kan? Walaupun kita tak dapat nak ziarah menziarahi, yang penting kita kena kekalkan feel raya itu sendiri, supaya semangat raya korang dapat kekal untul raya-raya akan datang. 

Bercakap tentang lemang, pada waktu PKP macam ni, lebih baik lemang cari korang, daripada korang yang mencari lemang, kan? Ini dia min ada 6 lokasi lemang dalam Lembah Klang yang memang sedap, dan dorang boleh uruskan penghantaran sampai ke depan pintu rumah korang. 

1. Lemang Daun Lerek Greenwood

Tengok nama pun dah tahu, lemang di sini tidak dibalut dengan daun pisang, sebaliknya dibalut dengan daun lerek yang katanya akan menaikkan rasa yang lebih sedap pada lemang. 

Lemang Daun Lerek Greenwood turut menyediakan lemang pulut kuning dan pulut hitam, selain lemang biasa. Korang juga boleh pesan sekali rendang, dan serunding kalau malas nak masak sendiri. Hehe 

Harga: RM16 (kecil), RM18 (sederhana), RM20 (besar)

Alamat: Berhadapan Masjid Simpang 3, Greenwood, Gombak, Selangor.

Waktu operasi:  8am - 12pm, setiap hari.

Lemang Daun Lerek Greenwood menyediakan perkhidmatan penghantaran sekitar Kuala Lumpur, dan Selangor. Untuk maklumat lanjut, korang boleh check out Facebook atau Instagram dorang. 

2. Lemang Tok Abah

Lemang Tok Abah pun menjual rendang dan serunding, dan untuk lemang yang special pula, Lemang Tok Abah menyediakan lemang jaung, dan lemang pulut hitam. Ha

Harga: RM14 (kecil), RM16 (sederhana), RM20 (besar)

Alamat: Bersebelahan Petronas Wangsa Melawati, 59, Jalan Wangsa Perkasa 6, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Maklumat penghantaran untuk Lemang Tok Abah boleh didapati di websiteFacebook, atau Instagram dorang.

3. Lemang Asli Pak Din

Sama macam kebanyakan gerai lemang yang lain, Lemang Asli Pak Din hanya beroperasi untuk hari raya jadi kalau korang nak rasa lemang memang pure asli punya, korang kena cuba Lemang Asli Pak Din. 

Harga: RM12 (kecil), RM14 (sederhana), RM16 (besar), RM18 (extra besar)

Alamat: Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu operasi: 10am - 9pm (setiap hari)

Lemang Asli Pak Din memang menyediakan penghantaran sekitar Kajang, dan Bangi, tapi bagi kawasan luar Kajang, dan Bangi, dorang boleh uruskan Lalamove. Untuk maklumat lanjut, boleh ke Facebook dorang. 

4. Satay Station

Haa, siapa cakap Satay Station ada sate je? Untuk musim raya ni, dorang menyediakan menu special yang datang dengan makanan tradisionalhari raya. Antara yang termasuk dalam menu raya ni adalah lemang, rendang, kari, dan daging kicap lada hitam. 

Harga: RM17 

Korang boleh dapatkan menu ni di cawangan-cawangan dorang:
- Kampung Pandan, KL
- Bandar Sri Permaisuri
- Section 9, Shah Alam
- Mont Kiara, KL
- Saujana Rawang
- Ampang
- Selayang

Waktu operasi: 12.30pm - 11.30pm (setiap hari)

Satay Station menyediakan khidmat penghantaran di sekitar Lembah Klang, dan korang boleh check out kedai dalam talian atau Facebook dorang untuk maklumat lanjut. 

5. Lemang Warisan Pak Hamid

Lemang Warisan Pak Hamid menjual lemang pelbagai saiz dan rasa termasuk jagung, dan juga kegemaran rakyat Malaysia, cheese! Selain itu, macam biasa, korang boleh pesan sekali rendang ayam, dan daging.

Harga : RM14 (kecil), RM16 (sederhana), RM18 (besar), RM20 (extra besar)

Alamat: PPR Lembah Subang 1 (in front of Kak Ros Nasi Campur), Jalan PJU 1a/42, Taman Putra Damai,
Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Selepas 5 petang

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Lemang Warisan Pak Hamid, lawati Facebook dorang.

6. Lemang Panjang

Lemang Panjang menjual lemang tradisional, lemang jagung, dan lemang pulut hitam. Semestinya tidak dimakan begitu sahaja, korang kena pesan sekali rendang ayam, daging, itik, atau kerang dorang.

Harga: RM14 (kecil), RM16 (sederhana), RM18 (besar)

Alamar: Persiaran Jaya, Kampung Sungai Ramal, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu operasi: 8am to 12am (setiap hari)

Lemang Panjang menyediakan penghantaran sekitar Lembah Klang, dan untuk maklumat lanjut, korang boleh ke kedai dalam talian atau Facebook dorang. 

Sumber: SAYS

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah