5 Bazar Ramadan Yang Korang Wajib Pergi Dalam KL

MAKAN
May 05, 2021 - 02:06 PM


Pada bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan di mana orang islam diwajibkan berpuasa, kita semestinya menahan nafsu dari nak makan atau minum serta menjaga percakapan harian kita daripada mencarut. Dan bila kta cakap pasal puasa, mesti ada bazaar ramadhan.

Siapa je yang tak suka pergi bazaar, semestinya ramai mengunjungi bersama kawan-kawan atau keluarga. Tetapi jangan kita lupa, korang kena patuh dengan Prosedur Atur Standard (SOP) lagi-lagi sekarang kita dilanda Covid-19 dan kes semakin melonjak tinggi.

Kebanyakan bazaar akan bermula meniaga pada pukul 4 petang bagi semenanjung Malaysia, pukul 3 atau 2 petang di Sabah dan Sarawak kerana waktu berbuka yang berbeza dan lebih awal. Orang  islam dan bukan orang islam akan berkerumun ke bazaar untuk makanan iftar seperti lauk masakan melayu, ayam percik, murtabak, laksa utara dan banyak lagi! Harga pon takda mahal mana.

Kadang-kadang bazaar tu boleh jadi sepanjang 2 kilometer penuhnya! Ini adalah senarai tempat anda boleh kunjungi untuk orang-orang yang berada di KL sebelum pintu rentas daerah di tutup.

  1. Kampung Bharu

Di Jalan Raja Alang, akan kelihatan penuh dengan lebih 200 gerai yang meniaga di situ. kat situ juga ada kedai terkenal anda boleh beli seperti Nasi Lemak Antarabangsa. Meleleh air liur kalau lama-lama di sana. Kampung bharu juga terkenal dengan bubur lambuk yang di masah oleh masjid di kawasan situ dan di agihkan ke orang ramai. secara percuma.

  • Alamat: Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur
  1. Taman Tun Dr Ismail (TTDI)

TTDI dekat dengan One Utama, dan tempat ini terkenal juga dengan juadah berbuka pelbagai pilihan. tempat ini adalah pilihan utama kebanyakan orang ramai seluruh Malaysia. lokasinya terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 2, orang ramai akan beratur untuk membeli murtabak raja, dan penkek tembam yang berisi daging kambing, lebu atau ayam. Kalau taknak beratur panjang, lebih afdal datang awal lagi-lagi parkir yang memang susah nak dapat.

Alamat: Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

  1. Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR)

Jalan TAR antara pilihan utama dan titik lokasi bazaar ramadhan di malaysia. Gerainya pelbagai serta juadah pilihan yang ada tidak terkira! Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman berjiranan jadi bazaar dua tempat ini bersambung. Di sini terkenal dengan jualan tradisional seperti baju melayu, kuih muih serta kain tekstil. jadi sambil membeli juadah berbuka boleh cuci mata. Gerai bazaar di sini banyak menjual makanan melayu, dan gerai bernama Mak Wan menjual nasi campur, tapi kalau lambat memang habis! jadi datang lah awal untuk elak jem.

Alamat: Jalan Masjid India, Kuala Lumpur

  1. Jalan Telawi, Bangsar

Kejiranan Bangsar juga tidak asing dengan juadah bazaarnya yang unik! ketika dulunya besar, tapi masih tempat terbaik untuk dilawati. Boleh dapatkan putu piring terkenal, antara makanan terbaik yang anda boleh dapat terletak di Jalan Telawi.

Alamat: Jalan Telawi 1, Kuala Lumpur

  1. Shah Alam

Terletak di parkir kereta Shah Alam Stadium, dan pada bulan puasa tempat di jadikan sebagai lokasi bazaar pada bulan ramadhan. Tempat ini pilihan utama pelajar-pelajar UiTM, pekerja profesional dan pelancong. Di sini terkenal dengan Popiah goreng Ali S.S dan laksa utara, dengan bau masakan dari jauh dan riuh rendah boleh dengar sebelum memasuki premis.

Alamat: Stadium Shah Alam, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Sumber: Hotels.com

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah