Jiwa Retro Anak Muda

GAYA HIDUP
July 20, 2017 - 10:10 AM


Siapa sangka pada zaman kini yang rata – rata bergantung kepada teknologi dan gadjet; masih ada lagi segelintir yang menghidupkan kembali zaman retro 60-an.

Lambakkan kenderaan klasik di atas jalan raya seperti tidak asing lagi. Kalau diperhati sejak dua tiga tahun lepas, semakin banyak kenderaan klasik seperti Maurice Miner, Volkwagen dan sebagainya muncul di jalanraya Kuala Lumur.

Seperti seakan akan masa berputar, anak muda kini meminati kembali kenderaan kenderaan retro. Antara yang mewarnai komuniti peminat kenderaan retro dan klasik ini adalah Komuniti Vespa dan Lambretta.

Sebagai bukti, ribuan anak muda dari seluruh pelusuk negara telah menghadiri satu perhimpunan tahunan Motor Klasik yang dinamakan ‘Royal Town Vespa dan Motor Klasik’ yang telah diadakan di Kuala Kangsar.

Seramai lebih kurang 3000 pemilik Vespa, Lambretta dan pelbagai lagi motorsikal klasik berkumpul di Kuala Kangsar bagi memeriahkan karnival yang berlangsung selama dua hari bertempat di Laman Budaya Kuala Kangsar.

Walaupun karnival ini lebih berfokus kepada motorsikal retro dan klasik, namun pihak penganjur juga telah menjemput komuniti Vespa moden dan juga komuniti pemilik Scomadi bagi memeriahkan lagi karnival tersebut.

Antara yang menarik perhatian para pengunjung adalah penampilan sebuah motorsikal Royal Enfield yang digunakan oleh tentera pada zaman Perang Dunia Kedua.

Walaupun penyelerengaraan dan kos untuk membaik pulih motorsikal klasik ini agak tinggi, namun kerana minat, ramai di antara mereka yang sanggup berhabis ribuan ringgit bagi memastikan motorsikal mereka berada dalam kondisi terbaik.

Dah kalau minat, apa pun jadi, ye tak? Harap lepas ni penganjur akan lebih banyak adakan karnival motor klasik supaya dapat menarik lebih ramai peminat serta penggemar motorsikal klasik.

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah