Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Cuba Dengan Pasangan…Selain Menonton Wayang…

GAYA HIDUP
October 26, 2017 - 11:45 AM


Apa yang anda selalu buat dengan pasangan anda kalau keluar ‘date’?

Bila ditanya soalan yang satu ni, mesti ramai yang akan jawab tengok wayang. Takpun pegi jalan-jalan dekat shopping mall.

Kalau lelaki, bila tanya pasanganmesti dapat jawapan jawapan ‘ikut awak lah’. Ini biasa. Lelaki kena kreatif sikit bab ini supaya hubungan lebih happy dan healthy.

Jika anda selalu keluar, ini ada beberapa idea yang anda boleh cuba kalau jawapan pasangan anda ‘ikut awak lah nak pegi mana pun’…

 

  1. Ikuti kelas masakan/baking…

Ha, belum pernah dibuat orang kan? Ini adalah salah satu cara merapatkan hubungan dengan yang tersayang. Cuba cari di facebook tentang one time class yang macam ni. Tak kiralah, baking ke, memasak ke…

Kalau taknak keluar, beli barang-barang, baking sendiri dekat rumah. Risiko dia, kalau tak jadi, sama-sama boleh gelak la lepas tu… Hehehe…

 

  1. Lakukan kerja amal bersama...

Di negara kita, banyak rumah-rumah anak yatim, warga tua dan lain lain oraganisasi yang sememangnya perlukan volunteer. Jadi, apa kata buat kelainan sikit. Volunteer dekat mana-mana untuk habiskan masa bersama.

Tapi make sure kerja dekat sana tu jalan lah, jangan sibuk bercinta pulak…

 

  1. Melawat animal shelter/pet cafe...

Ini pun salah satu cara nak rapatkan hubungan. Tapi, pastikan pasangan anda tu jenis yang sukakan haiwan lah. Biasanya di animal shelter ada banyak benda yang kita boleh tolong. Bersihkan kandang kucing, berikan makan dan sebagainya.

Atau kalau anda tak minat nak kotorkan tangan, pergi ke kafe kucing yang terdapat disekitar anda. Anda boleh makan, dan habiskan masa dengan kucing-kucing yang ada di kafe tersebut.

 

  1. Pergi ke acara kesenian…

Yang ni pun sebenarnya romantik jugak. Apa maksud acara kesenian tu? Anda boleh boleh pergi acara open mic, bacaan puisi, atau sesi membaca buku tak pun, pegi tengok persembahan teater..

Kan best dan lain pada yang lain tu...

 

  1. Pergi ke arcade...

Pernah tengok cerita korea atau Jepun? Kalau ada scene dating, mesti diorang akan singgah arcade. Sebab dekat arcade ni, ada macam-macam permainan yang boleh korang test power masing-masing. Masa ni lah nak balas dendam dan kalahkan pasangan anda.

 

  1. Pergi hiking atau panjat gunung.

Kalau aktiviti ini, agak fizikal sedikit lah. Dan perlukan persediaan dari segi pemakaian kasut serta pakaian yang bersesuaian. Jangan pegi hiking pakai heels pulak.

Antara tempat yang best korang boleh pegi, Bukit Broga, Hulu Langat dan banyak lagi lah tempat best untuk hiking. Google je…

 

  1. Pergi ke pasar karat

Walau Nampak macam biasa, tapi kadang-kadang kita akan jumpa benda yang boleh menggamit memori kata orang. Kebiasaan pasar karat ni ada jual macam-macam barangan antik, yang baru pun ada.

So, kalau korang berminat dengan benda-benda macam ni, cubalah sekali sekala, mana tahu lepas tu suka…

 

  1. Siapkan jigsaw-puzzle

Yang ni modalnya senang, beli je sekotak jigsaw puzzle, buat sama-sama dekat rumah. Tapi carilah yang untuk orang dewasa. Mencabar lah sikit. Kalau beli yang budak-budak punya, memang kejap je lah aktivitinya…

 

  1. Pergi ke Battling cage/Driving range

Kalau anda minat sukan, yang ni salah satu option untuk anda. Pergi ke lapangan golf, pergi la pukul bole tu sejauh mungkin. Kalau tak minat golf, battling cage. Yang ini pun sama, melibatkan sukan. Baseball la secara khusus. Lokasi yang popular, di One Utama.

Bayar certain amount, korang pukul je bola tu. Selain dapt gelakkkan pasangan bila diorang pukul tak kena, korang jugak boleh hilangkan stress dan lepaskan geram. Hehehe

 

  1. Masuk atau ikuti sesi melukis.

Kalau yang ini, sama jugak. Kena buat research sikit lah untuk cari dekat mana ada buat sesi melukis untuk kita dan pasangan buat. Kalau tak minat melukis pun, kita buatlah sesuatu yang kita boleh habiskan masa sama-sama. 

Macam trending sekarang, diorang buat dekorasi kaktus kecil dalam pasu tu.. Terrarium workshop, cuba cari…

 

So, sekarang harapnya korang ada idea lah kalau pasangan masing-masing ajak keluar. Tak ade lah asik tengok wayang je... bosan lah! =)

 

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah