Tips Memilih Backpack Terbaik Semua Jenis Traveller

TRAVEL
March 15, 2019 - 11:49 AM


Pencarian beg terbaik untuk dibawa travel sebenarnya tak semudah yang disangka lagi – lagi kalau kita nak sesuatu yang berkualiti, tahan lama dan tak mengoyakkan poket sangat.

Jujur kata, banyak kedai atau laman web menjual beg ni jaranglah berikan nasihat yang betul. Paling-paling pun diorang akan ‘psiko’ korang sampai korang beli beg paling mahal atau paling besar yang diorang ada.

Kalau korang ni traveller ‘tegar’ atau boleh kata setiap bulan akan keluar trip, dinasihatkan korang carilah yang ringan dan bersaiz ‘carry-on’ sebab mudah nak bawak kemana-mana dan selesa. Biasanya agak renyah kalau nak check-in beg besar-besar ni, terlebih load lah, keluar lambat lah dan sebagainya.

Paling senang, bawak je backpack yang saiznya boleh naik ke atas kabin. Dalam erti kata lain, korang perlu pack ‘light’ dan tak lebih 7kg.

Boleh rujuk gambar di bawah, ini contoh kalau AirAsia ye…

Sebenarnyalah, ada beberapa ciri yang penting korang kena ‘cari’ pada sesebuah beg travel iaitu :

#1. Front – loading.

Kebanyakan backpack didatangkan dengan ciri top-load dan akan mempunyai tali elastik untuk menutup ruang tersebut. Ini sebenarnya tak praktikal. Sebab cuba bayangkan korang nak cari sesuatu barang yang korang letak di bahagian bawah beg, terpaksalah punggah semua barangan keluar.

Design terbaik adalah design clamshell (design beg biasa), mudah sebab bila bukak zip, semua benda kita boleh nampak.

#2. Strap Pinggang 

Beg yang didatangkan dengan strap di pinggang ni sangat membantu untuk mengurangkan beban pada bahu sebab strap ini akan memberikan sokongan pada badan. Jadi berat tak bertumpu pada bahu sahaja.

#3. Ruangan Laptop 

Kebanyakkan orang yang travel lama, atau business travel mesti akan bawak laptop. Jadi beg dengan ruangan laptop khas sangat diperlukan. Biasanya ada satu ruangan khas laptop pada beg yang padded. Ini secara tak langsung mengurangkan risiko kerosakan pada laptop.

#4. Kalis air / hujan

Nak cari backpack yang kalis air ni agak sukar dan biasanya mahal. Tapi, ada cara lain iaitu, cari beg yang didatangkan dengan penutup hujan.  

#5. Saiz carry-on 

Biasanya tips yang saya dapat untuk saiz carry on ni, selagi beg tu terletak belakang badan dan tiada bahagian yang terkeluar masa kita pikul beg tu, dia dikira saiz carry on. Tapi ni bergantung pada ‘mood’ petugas dan penerbangan jugak. Tapi setakat ini, travel dengan saiz 45L tak ada masalah untuk naik ke kabin.

Bila bawak beg saiz carry on ni, jimat sikit untuk flight.

Jom Tengok Tips Nak 'Travel Light' Dari Air Asia :

Nota Editor : Bawaklah apa-apa beg yang bersesuaian dengan korang, yang penting korang selesa. Backpack yang top load tu tak ada masalah pun kalau korang alert dekat mana korang letak barang korang.

Kalau nak beli backpack, sila ke kedai yang dipercayai dan korang check betul-betul beg tu. Sebab nak pakai lama kan…

ETIKA MENGINAP DI HOSTEL BACKPACKERS

10 HOSTEL BACKPACKERS TERBAIK DI KUCHING

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah