Shopping Di Airport ? Jangan Beli 8 Benda Ini

GAYA HIDUP
April 09, 2019 - 01:30 PM


Lapangan terbang merupakan destinasi pertama dan terakhir kita akan jumpa setiap kali kita keluar atau masuk sesuatu negara ketika travel. Seperti yang kita sedia maklum, disebabkan kos operasi serta sewaan yang tinggi, tak dapat dinafikan kebanyakan kedai di airport ini akan menjual barangan yang sedikit mark-up harganya.

Pendek kata, segalanya di airport ni mahal. Ambil contoh mudah, di KLIA sendiri, baik dari tambang keretapi ke sana, bayaran parking, sehinggalah makanan.

Tak dapat dinafikan, ada sesetengah barangan agak murah berbanding apa yang ada di pasaran luar tapi jika anda memang ada nawaitu untuk shopping di airport, pastikan buat perbandingan dengan harga pasaran untuk ‘terperangkap’ dengan harga di airport.

Berikut adalah 8 benda dan barangan yang tidak digalakkan dibeli di airport :

#1. Barangan Bebas Cukai

Bergantung kepada airport jugak sebenarnya, ada kalanya pembelian di kedai bebas cukai di airport ni berbaloi. Tetapi, perlu diingatkan yang walaupun ianya ditanda sebagai ‘duty-free’ ia berkemungkinan mahal atau sama sahaja di pasaran luar.

Seeloknya, sebelum masuk ke kedai duty free ni, kita dah tahu dah harga dekat luar barangan kita nak tersebut, jadi kalau misal kata jauh lagi murah, beli lah. Kalau mahal, beli nanti aje.

 

#2. Matawang Asing

Selalu, transaksi pertukaran wang ni kita bahasakan sebagai ‘beli’ matawang luar jadi sebab itulah dia tersenarai dalam senarai ini.

Macam entri-entri sebelum ini jugak, kami selalu tekankan yang jangan sesekali tukar duit di airport, baik di KLIA mahupun airport luar. Sebabnya, memang diorang akan menjual matawang asing dengan lebih tinggi.

Seeloknya, tukar dahulu ke matawang tempat kita nak pergi tu awal-awal. Cuma nak ingatkan lah, negara-negara kecil macam contoh Cambodia, Laos, duit dia agak susah nak jumpa dekat Malaysia. Jadi, cara terbaik korang ‘beli’ USD, tukar di negara mereka nanti.

Cara kedua, bawa keluar sendiri dari mesin ATM di destinasi kita, biasanya kadar penukaran wang lagi tinggi dari yang ditawarkan di airport. Cuma kena pastikan yang kita dah aktifkan pengeluaran antarabangsa lah. Yang ini, korang kena buat panggilan telefon ke bank, setiap bank ada prosedurnya sendiri.

 

#3. Air Botol (Mineral water)

Jujur kata, air mineral dekat airport memang mahal. Jadi solusinya adalah korang bawak botol yang boleh digulung tu, atau bawak sahaja botol kosong. Selepas kaunter imigresen dan kaunter keselamatan, kebiasaannya akan ada banyak mesin air percuma yang disediakan.

Refill ajelah dekat situ.

 

#4. Cendera Mata

Kalau ada yang kirim belikan cendera mata, kalau boleh airport merupakan tempat terakhir korang beli. Satu, tentu-tentu mahal. Dua, tak pasal-pasal kena bukak balik beg untuk masukkan cendera mata tu. Kalau setakat keychain tu, boleh je lah sumbat-sumbat.

Kebiasaannya, cendera mata di airport ini adalah barangan yang sama kita boleh dapat di mana-mana tempat di diestinasi kita tu dengan harga yang jauh lebih murah. Tapi, kalau dah terlupa nak beli, di airport baru teringat, tak boleh nak buat apa. Belikan ajelah.

 

#5. Bantal Leher

Sememangnya kita tahu, orang yang ke airport ini adalah mereka yang akan travel keluar dari destinasi sekarang, jadi pekedai-pekedai akan memasarkan barangan yang memenuhi kehendak traveller. Salah satunya adalah bantal leher ni.

Jujur cakap, kebanyakan kedai di airport yang menjual ‘jajan’ ataupun kedai cendera mata akan menjual neck pillow ini. Untuk traveller yang ada penerbangan jauh dan panjang, memang ada yang akan beli. Tapi percayalah, mahal.

 

#6. Makanan Restoran

Baik fast food, restoran biasa sehinggalah kedai serbaneka. Yang mana menjual makanan, harganya mesti akan lebih mahal daripada kedai biasa. Sebabnya, kos operasi restoran di airport adalah lebih mahal berbanding di luar airport.

Kalau perasan, banyak promosi-promosi jualan murah ni akan mengecualikan kedai-kedai atau cawangan mereka yang ada di airport atau tempat pelancongan.

Untuk atasi masalah ni, bawak sahaja makanan dari rumah kalau betul nak beli, carilah jenis yang ‘grab and go’ macam sandwich atau buah-buahan.

 

#7. Wi-Fi

Ada diantara airport-airport ini menyediakan perkhidmatan wifi berbayar, walaupun ada wifi percuma. Jadi, kalau sekadar nak dapatkan grab atau nak reply whatsapp, gunakan sahaja wifi percuma airport.

Kalau tak ada, cari Starbucks atau McDonald. Selalunya ada WiFi percuma.

Kalau agak-agak nak buat kerja di airport atau sememangnya kerja tersebut urgent, sewa ajelah poket wifi dari Malaysia.

 

#8. Majalah

Kalau edisi majalah tersebut ‘rare’ ataupun ada nilai tersendiri untuk korang, beli sahaja. Kalau tidak, jangan membazir. Sebabnya majalah, lagi-lagi yang diimport akan dijual dengan mahal. Tapi, kalau korang rasa ia lagi murah dari yang dijual dekat Malaysia, beli lah.

Penerbangan Lewat ? Mungkin Salah Satu Daripada Sebab Ini Berlaku

"Cat Beach" Penang Destinasi Wajib Bagi Si Pencinta Kucing!

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah