Ikut 7 Tip Ini Untuk Elakkan Tersangkut di Pintu Keselamatan Lapangan Terbang
GAYA HIDUPMungkin bagi ramai orang ia satu proses yang cukup melecehkan. Selain terpaksa beratur anda juga harus menanggalkan apa yang perlu untuk lepasi pemeriksaan di lapangan terbang sebelum masuk ke ruangan pelepasan.
Tapi tahukah anda proses ini sebenarnya sangat penting bagi menjamin keselamatan penumpang dan juga keselamatan negara?
Hal keselamatan di dalam pesawat merupakan bukan perkara yang boleh kita mainmain. Malah kita harus memberikan kerjasama dengan sepenuhnya kepada petugas keselamatan yang menjalankan tugas mereka.
Tapi jika anda mengikuti beberapa langkah di bawah anda bukan sahaja menyenangkan proses ini untuk adan tetapi juga menyenangkan kerja petugas keselamatan di lapangan terbang.
Ikuti 7 tip mudah di bawah untuk perjalanan anda yang lebih lancar.
1. Jangan bawa cecair melebihi 100ml
Ini antara perkara yang ramai orang lupa. Apabila menaiki pesawat kita tidak dibenarkan memebawa apaapa bentuk cecair melebihi 100ml. Kalau anda perhatikan di bahagian
pemeriksaan terdapat banyak lambakan minuman dan produk cecair lain yang dirampas. Jadi ingat, jangan bawa cecair seperti perfume, gel rambut, sabun dan sebagainya melebihi 100ml.
2. Simpan cecair dalam ruangan sulit beg handcarry
Sudahlah bawa cecair melebihi had dibenarkan malah anda menyimpannya jauh terperosok di sudut sukar dalam beg. Ia pastinya menyusahkan anda dan terperangkap di situ untuk selesaikan masalah mencarinya. Jadi pastikan anda menyimpan semua barang mengikut jenis. Barang-barang yang kecil haruslah di simpan di tempat yang mudah dicari.
3. Buka sebelum disuruh
Kalau anda sudah biasa dan sering menggunakan pesawat pasti sudah masak dengan proses ini. Untuk anda yang pertama kali naik pesawat ketahuilah bahawa anda harus membuka tali pinggang, beg duit, jam dan apa sahaja barang dalam poket seluar sebelum melalui mesi pengimbas. Ini akan mempercepatkan dan melancarkan proses anda sendiri. Dan apabila selesai sila beredar dari checkpoint pemeriksaan dan pakai semula semua barang anda ditempat jauh dari kaunter pemeriksaan. Ini agar tak menggangu orang lain pula.
4. Jangan keluarkan barang yang tidak perlu
Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh ramai traveller ialah mengeluarkan semua peranti elektronik untuk diperiksa secara berasingan. Tidak perlu pun sebenarnya. Hanya peranti elektronik yang mempunyai saiz seperti standard laptop atau lebih seperti playstation atau Xbox atau video camera yang menggunakan casing perlu dikeluarkan untuk diperiksa secara berasingan.
5. Elak barisan yang ada keluarga & kanak-kanak
Sebelum nak masuk barisan tu perhatikan duhulu siapa yang ada dalam barisan. Jika terdapat keluarga atau kanakkanak di dalam barisan tersebut, kalau boleh elakkan. Bukan apa kebiasaannya mereka akan mengambil masa yang sedikit lama berbanding orang yang terbang secara solo atau berdua.
6. Ikut arahan dengan baik
Proses pemeriksaan anda pasti akan lancar jika anda ikut segala arahan yang diberikan oleh petugas keselamatan. Ingat jangan menyusahkan atau bertekak dengan pegawai keselamatan di kaunter pemeriksaan. Ditakuti anda tidak akan diberi pelepasan semasa pemeriksaan. Tambah parah lagi jika pihak berkuasa seperti polis sudah campur tangan. Apa kata, ikutlah undangundang penerbangan yang telah ditetapkan.
7. Jangan bergurau atau buat lawak bodoh
Kadnagkala apabila mengembara secara berdua atau dalam grup, suasana pasti akan sangat excited. Lebihlebih lagi jika ia destinasi yang diidamkan. Bila excited pasti akan ada gurauan antara sesama sendiri. Akan tetapi bergurau juga ada batasannya! Ingat jangan sesekali anda bergurau tentang perkara sensitif seperti menyebut apaapa yang berkaitan dengan keselamta negara. Contohnya ada bergurau tentang bom. Itu adalah perkara yang bukan boleh dibawa untuk mainmain. Malah anda juga boleh ditahan pihak berkuasa dan berdepan tindakan undangundang.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah