Topeng Muka KN95 Edisi Khas Abstrax ‘Sold Out’ Dalam Masa 24 Jam
GAYA HIDUPBermula hanya dengan mesej pesanan khidmat masyarakat bagi memberikan kesedaran tentan Covid-19, ruangan komen di Instagram penuh dengan permintaan untuk mendapatkan topeng muka ‘edisi Abstrax’.
Selang beberapa hari, Abstrak membuka tempahan untuk topeng muka KN95 Anti Virus Formaldehyde Face Mask dengan mempunyai logo Abstrax ini. Berbeza dengan topeng penutup hidung dan mulut standard (3 lapisan), KN 95 ini hadir dengan 7 lapisan penapisan yang dapat menapis hampir 95 % partikel dari memasuki hidung dan mulut.
Walaupun ianya bukan versi washable dan hanya boleh digunakan 8 jam berterusan, ada cara memanjangkan hayat penggunaannya iaitu dengan membeli atau memakai bersama mask pad (bahagaian dalam) yang boleh dibeli di Lazada atau Shopee.
Walaupun ada yang menyelar tindakan Abstrax yang dikatakan mengambil kesempatan terhadap situasi semasa, lain pula pandangan peminat atau pengumpul koleksi mereka. Difahamkan, pra-tempahan untuk topeng ini ditutup pada jam 10.15 malam, hari yang sama mereka lancarkan.
Topeng ini ada dua variasi warna, hitam atau putih dan dijual pada harga RM20 (1 keping) atau RM50 (3 keping).
Cubalah tengok di Instagram atau laman web Abstrax, mana tahu mereka buka kembali order atas permintaan yang tinggi.
Walaupun ada segelintir yang tidak bersetuju dengan penjualan ini, ramai juga yang memberikan sokongan dan berharap jenama tempatan ini bakal menjadi fenomena seperti Supreme yang mempunyai pelbagai barangan pelik yang dijadikan koleksi peminatnya.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah