Caprice Berharap Ustaz Ebit Lew Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka?

VIRAL
September 23, 2021 - 01:55 PM


Tanpa menyebut nama dan hanya memuat naik artikel memaparkan gambarnya bersama Ustaz Ebit Lew, usahawan dan penyanyi rap popular, Caprice memohon agar individu yang sebelum ini menganiayanya memohon maaf.

Menerusi Instastory di Instagram, Caprice berkata, tidak kisah seseorang itu memakai pakaian apa sekali pun, sebagai manusia kita sememangnya tidak dapat melarikan diri dari melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Xde Hal Bro itu sentiasa menitipkan doa yang terbaik buat insan tersebut dan berharap agar kita semua sentiasa bertaubat.

“Selepas semua ancaman bunuh, caci maki, ugutan serta bermacam lagi yang saya lalui. Caprice harap dia meminta maaf secara terbuka kepada saya dan orang lain yang dianiaya.

“Tidak kisahlah kita memakai baju apa, manusia memang tidak boleh lari dari kesilapan. Caprice mendoakan agar dia dan kita semua sentiasa bertaubat. Allah sayang,” tulisnya ringkas di Instastory.

Terdahulu, kontroversi yang melibatkan kedua figura sebelum ini sememangnya telah menjadi bualan ramai apabila melibatkan isu misi kemanusiaan di Gaza.

Semalam, satu lagi ujian apabila kontroversi yang melibatkan pendakwah itu kembali meledak setelah sekali lagi dihimpit dengan dakwaan yang besar iaitu hubung kait dengan dakwaan serangan seksual.

Kini, warganet masih lagi berteka teki akan kesahihan pendedahan yang dilihat semakin bertebaran luas di media sosial sejak semalam. Perkara tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa. Makin panas isu ini ya, moga kita semua menemui jawapan di penghujungnya.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah