Firdaus Wong Dedah Video Baru, Sumpah Laknat Oleh Abang Mangsa
VIRALSeptember 24, 2021 - 02:44 PM
Isu yang sedang panas dibicarakan oleh semua pengguna media sosial mengenai tuduhan seorang pendakwah terkenal kini tampil dengan pendedahan yang baru. Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung hari ini mendedahkan sebuah klip video sumpah laknat seorang individu menerusi saluran Telegram miliknya, hari ini.
Rakaman klip video berdurasi 46 saat memaparkan seorang lelaki dari bahagian belakang itu mengakui dirinya merupakan abang kepada mangsa serangan seksual yang didakwa membabitkan seorang pendakwah popular.
“Setelah perbualan saya bersama mangsa dan ahli keluarganya menerusi Google Meet selama hampir dua jam kelmarin, ahli keluarga mangsa yang sangat ‘supportive’ (kuat menyokong) ini meminta saya kongsikan video sumpah laknat mereka.
“Ini adalah video sumpah laknat (mubahalah) dari abang mangsa sebagai saksi bagi membuktikan adiknya menerima mesej serta panggilan video lucah berkenaan sehingga mengalami kemurungan, tekanan dan cuba membunuh diri,” tulisnya.
Beliau yang juga merupakan Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata, akan tiba masanya mereka akan tampil ke khalayak ramai demi menyatakan sebuah kebenaran.
“Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu. Ini adalah keluarga contoh yang menyokong jihad ahli keluarga mereka yang menerima mesej terkutuk sebegitu,” ujarnya. Harap ada penjelasan dan kesudahan bagi menjawab semua persoalan kita tentang isu ini.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah