Ebit Lew Didakwa Atas 11 Tuduhan Gangguan Seksual

VIRAL
February 18, 2022 - 04:02 PM


Pendakwah terkenal Ebit Lew mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan terhadapnya termasuk gangguan seksual.

Ebit, 37 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani di Mahkamah Litar di Tenom, Sabah, hari ini.

Ebit didakwa di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan telah dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli.

Manakala Ebit diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Majistret Nur Asyraf Zolhani yang mendengar pertuduhan kemudian menetapkan 20 April hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan secara tentatif ditetapkan pada bulan Jun.

Sementara itu, Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan serta dua orang penjamin.

Terdahulu, Ebit yang berada di Sabah bagi menjalankan kerja amal tiba di perkarangan Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom pada jam 9 pagi tadi.

Pada 3 Februari lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kertas siasata kes gangguan seksual melibatkan Ebit hampir lengkap.

Julai lalu, siasatan terhadap pendakwah terkenal itu dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah tersebut melakukan gangguan seksual.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah