Kota Pelancong, Venice 'Tenggelam' & Bakal Diisytihar Darurat!
VIRALMenjelang ke penghujung tahun seperti sekarang, jangan ingat Malaysia saja mula dilanda hujan lebat dan banjir --- negara di belah-belah Eropah juga mengalami cuaca yang sama.
Britain dan Itali merupakan antara 2 negara yang ketika ini sedang berdepan krisis perubahan cuaca.
Jika di Britain, 40 amaran banjir telah dikeluarkan kepada penduduknya agar berpindah selepas rekod hujan selama sebulan hanya dicatatkan dalam masa 24 saja, di Venice, Itali pula paras air di bandar terapung itu mencapai paras tertinggi dalam sejarah lebih 50 tahun!
Air bah mencapai setinggi 1.8 meter, menyebabkan seorang penduduk 78 tahun maut akibat renjatan elektrik.
Lebih buruk apabila Venice kini dikhabarkan sedang melakukan persiapan untuk mengisytiharkan bandar itu sebagai zon bencana selepas fenomena air pasang kedua tertinggi dalam rekod membanjiri gereja bersejarahnya dan menyebabkan banyak dataran serta laluan ditenggelami air.
Dataran Saint Mark tenggelam lebih satu meter, sementara gereja Saint Mark bersebelahan turut dibanjiri untuk kali keenam selama 1,200 tahun.
Lapangan San Marco yang lazimnya sesak dengan pelancong juga kini menjadi lengang dan sunyi.
Sementara itu, pakar kaji cuaca meramalkan hujan lebat akan berterusan dengan waktu malam angin kuat turut melanda bandar pelancongan berkenaan.
P/S: Kalau korang memang dah ada rancangan untuk melancong ke 2 Britain atau Venice, diharap korang melakukan langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri sendiri ya!
Sumber: Reuters
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah