Rom Haramkan Gerai Jual Cenderamata Di Lokasi Tarikan Pelancong!
VIRALSetiap kali melancong ke luar negara terutamanya ke benua Eropah, antara barangan wajib dibeli dan dibawa pulang ke tanah air pastinya cenderamata daripada negara yang dilawati bukan?
Tapi jika tahun ini korang ada perancangan untuk bercuti ke Rom, ibu negara Itali, mungkin korang akan berdepan sedikit kesulitan bagi mendapatkan cenderamata dengan mudah di tempat-tempat tarikan pelancongannya.
Ini kerana bermula 1 Januari lalu, pihak berkuasa Rom telah mengharamkan gerai-gerai yang didirikan untuk menjual barangan cenderamata di sekitar lokasi tumpuan pelancong seperti di Piazza Navona, Piazza di Spagna, sekitar Pantheon dan Trevi Fountain.
Larangan penjualan cenderamata itu dikuatkuasakan sebagai langkah untuk memelihara 'kesopanan, keamanan serta ketulenan identiti' kota yang kaya dengan artifak kuno serta monumen bersejarah berabad lamanya.
Ini kerana didapati semakin lama semakin ramai peniaga yang menjual cenderamata yang langsung tiada kaitan dengan Rom, seperti patung Donald Trump!
Selain larangan tersebut, Majlis Bandaraya Rom juga tidak membenarkan sebarang operasi menjual makanan di jalanan, berjalan-jalan bogel di sekitar monumen-monumen bersejarahnya serta perbuatan melompat ke dalam air pancut di Piazza, Spagna atau di mana-mana lokasi tarikan di kota berkenaan.
Mana-mana individu yang didapati bersalah melanggar peraturan itu bakal berdepan denda sehingga 450 Euro atau lebih RM2000!
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah