14 Tips Menarik Untuk Korang Yang Ada 'Wishlist' Naik Belon Udara Panas Di Cappadocia!
TRAVELMarch 14, 2022 - 04:09 PM
Sejak banyak negara melonggarkan kawalan sempadan masing-masing di zaman pandemik ini, Turki antara negara yang menjadi pilihan ramai untuk melancong disebabkan syarat tidak perlu kuarantin setibanya di sana.
Pasti ramai yang mempunyai impian dan perancangan untuk melancong ke Turki selepas ini.
Selain negaranya yang memiliki keindahan semulajadi memukau serta kaya dengan binaan sejarah berkurun lamanya -- antara yang menjadi tarikan pelancong ke sana adalah pengalaman menaiki belon udara panas di Cappadocia!
Malah, tidak keterlaluan tarikan itu juga menjadi antara wishlist pelancong antarabangsa dalam impian hidup mereka.
Jika anda salah seorang yang mengimpikannya, ini ada beberapa tips berguna sebelum anda merealisasikan impian seumur hidup bagi menaiki hot air balloon ibarat dalam filem popular tempatan "Manisnya Cinta Di Cappadocia"!
TIPS MENAIKI BELON UDARA PANAS DI CAPPADOCIA
1. Deal elok-elok dengan hotel anda menginap, boleh dapat best price.
2. Pilih tarikh terbaik. Ini kerana bukan setiap hari kita boleh naik belon ni. Ada kawan stay 3-4 hari, tak dapat naik sebab cuaca kurang baik dan angin kencang.
Jangan berlagak jika dapat naik tetapi juga jangan sedih kalau tak dapat naik, itukan rezeki masing-masing.
3. Kalau hotel dan tour agency beritahu terdapat tarikh tertentu yang belon udara panas boleh naik, InsyaAllah memang naik. Ini kerana operator belon tersebut semuanya berlesen dan mempunyai insurans serta saling berhubung antara satu sama lain dan mereka juga berkongsi info cuaca dengan pihak berkuasa kaji cuaca di sana.
4. Jika anda memandu sendiri di Turki, pastikan untuk menaiki belon udara panas anda mengambil khidmat pemandu van pelancong. Ini kerana menaiki belon udara panas di sana anda akan naik di tempat lain dan turun di lokasi yang berbeza.
Jika memandu sendiri takkan anda nak berjalan kaki balik semula ke tempat anda parkir kenderaan sewaktu naik tadi? Anggaran dalam 10 hingga 15 kilometer juga jarak penerbangan belon udara panas tersebut atau mengambil tempoh kira-kira 1 jam 10 minit.
5. Van transporter akan ambil anda jam 6.30 ke 6.55 pagi di hotel anda menginap dengan yang pelancong lain. Jadi anda sempat solat subuh bagi yang Muslim, sebelum turun ke lobi hotel tunggu van.
6. Anda akan di bawa ke starting point. Biasanya gelap lagi keadaannya. Boleh tinggal beg atau apa saja barangan dalam van, tapi nak yakin dan tenang di atas sana, barang2 mahal, tinggal je kat bilik hotel.
Pakai saja jaket winter tu kan banyak poket -- bawak phone, go pro, insta, wallet. Pakai UV protection, bawa cermin mata hitam jika ada, tapi sunrise di sana tak perit sangat.
7. Kemudian, anda akan mendapat minuman panas sementara pihak operator menyediakan belon udara. Selepas bucket ditegakkan, bersedia untuk naik -- anda boleh duduk di hujung bucket atau cop spot best untuk mendapatkan pemandangan terbaik. Tetapi jangan sampai berebut atau saling tolak-menolak.
8. Kepada anda yang gayat dan tidak tahan sejuk, dinasihatkan duduk di tengah-tengah agar mendapat sedikit haba daripada panas api belon yang digunakan.
9. Jangan bergurau nak buat-buat terjun, jangan lompat-lompat, relax dan tenang, zikir dan doa supaya selamat. Jangan goyang-goyang atau buat orang lain takut.
10. Untuk hilangkan rasa gayat, anda juga boleh cuba tengok horizon langit, jangan jenguk ke bawah.
11. Biasanya 1 jam flight time. Ada yang 1jam 10 minit, mungkin juga ada yang kurang, bergantung kepada keadaan angin. Setakat ni, diorang kata takde fly untuk sunset, ada fly untuk sunrise saja. Sebab petang biasanya hujan atau angin kuat.
12. Biasanya akan mendarat terus atas truck, senang diorang nak load, tu memang cekap punya pilot. Atau dia mendarat kat tapak2 lapang. Takde risau terhentak, ada pemegang tali dan ada bucket tu covered dengan kulit.
13. Dia tak selamanya tinggi, dia naik turun naik turun. 1000 meter maksimum.
14. Paling penting sebelum menaiki belon udara ini pastikan anda telah siap-siap menyelesaikan segala 'urusan' di tandas. Ini kerana di tempat berlepas dan mendarat memang tiada tandas disediakan.
Sumber & Perkongsian : Zulhafidz Yahaya
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah