'Burger Salmon Abang Sado' Cetus Viral Di Kuching, Sarawak!
MAKANNovember 23, 2020 - 09:55 PM
Mempunyai rutin pemakanan yang berdisiplin dan mementingkan jumlah kalori yang diambil, memberi cetusan idea buat atlet bina badan negara Awang Mohd Azizul Ghani, 35 tahun untuk membuka gerai burger berasaskan makanan sihat, termasuk burger salmon yang kini menjadi ‘buah mulut’ masyarakat di Kuching, Sarawak.
Gerainya yang digelar ‘Burger Muscleman’ itu dibuka setelah beliau menyedari kesukaran orang ramai untuk mendapatkan makanan sihat.
Burger yang disediakan di gerai itu mengadaptasikan gaya pemakanan diri Awang Azizul sebagai ahli bina badan yang mementingkan khasiat protein.
Antara yang paling menarik tumpuan ialah burger salmon iaitu menu paling laris dan digemari pelanggan.
Istimewanya burger salmon itu menggunakan 100 peratus salmon jenis Norwegian.
“Dari pemerhatian saya, ramai orang suka makan salmon, tetapi nak makan di hotel mahal, jadi saya ambil inisiatif untuk jual sendiri dan hasilnya memang tak menang tangan, apatah lagi memang strategi saya untuk menjual burger salmon hanya pada hari Jumaat dan Sabtu,” katanya.
Tinjauan Bernama di gerainya yang dibuka mulai 4 petang sehingga 10 malam (semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) di Satok mendapati, warga bandar raya ini tidak melepaskan peluang untuk mencuba menu sihat itu, selain burger daging ‘Tricep’, hot dog ‘Hamstring’ dan benjo ‘whey protin’.
Awang Azizul yang beraksi bagi kategori welterweight, mula mewakili Malaysia pada 2015 selepas dinobatkan sebagai juara antara juara kejohanan Persatuan Bina Badan Malaysia 2015 di Labuan, selain pernah muncul naib johan pada kejohanan Mr Universe Dunia 2016 di Pattaya, Thailand dan tempat ketiga Mr Asia 2017 di Seoul, Korea Selatan.
BURGER MUSCLEMAN
ALAMAT: Ayam Panggang Madu Wak, Satok 93400 Kuching, Sarawak
WAKTU OPERASI: Setiap Hari (4 Ptg - 10 Mlm)
NO TEL: 012-874 0036
FACEBOOK: Stall Burger Muscleman
Sumber: BERNAMA
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah