Abang Arwah Siti Sarah Kesal, Pernah Kongsi Agenda Anti-Vaksin
GAYA HIDUPSeptember 29, 2021 - 02:38 PM
Kehilangan arwah Siti Sarah masih dirasai sehingga ke hari ini. Seperti sedia maklum, beliau meninggal akibat Covid-19. Selepas pemergian arwah, pada ketika itu Ahmad Firdous iaitu abangnya masih bertarung nyawa di ICU juga akibat dijangkiti Covid-19.
Setelah hampir dua bulan ditahan di hospital, Fairdous akhirnya dibenarkan untuk pulang dan berehat di rumah untuk menjalani proses pemulihan sepenuhnya.
Baru-baru ini, Firdous telah membuat FB live di Facebook peribadinya untuk membuat satu perkongsian pengalamannya sendiri ketika ditahan di hospital serta beberapa perkongsian untuk orang lain.
Dalam siaran langsung tersebut, abang kepada Allahyarham Siti Sarah ini turut mengakui yang sebelum ini dia pernah menjadi antivaksin, namun selepas melalui sendiri penderitaan akibat Covid-19, dia bercadang untuk ambil vaksin apabila dia sembuh sepenuhnya nanti.
Syukur mendengar luahan hati abang Sarah Raissuddin, Firdaus, yang bercerita mengenai pengalaman beliau dijangkiti COVID-19 dan masuk ke ICU.
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) September 28, 2021
Akhirnya beliau percaya mengenai COVID-19, vaksin dan beliau berterima kasih dengan staf kesihatan yang menjaga beliau. Alhamdulillah pic.twitter.com/nqlxlcyeqA
Tetapi, Firdous turut mengatakan yang dia tak memaksa mana-mana pihak untuk mengambil vaksin namun turut mengakui akan kepentingannya.
Selain itu, lelaki ini turut meminta maaf atas posting-posting antivaksin yang pernah dia buat sebelum ini serta turut berterima kasih dengan doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus menjaganya ketika dia di ICU.
Harap dijadikan ikhtibar buat semua, kepada mereka yang belum menerima vaksin, segeralah mendaftar supaya kita dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah