Isu Viral Siakap Langkawi: Elak Budaya 'Makan Dulu, Kira Kemudian'

GAYA HIDUP
November 08, 2021 - 02:40 PM


Sejak beberapa hari ini kecoh satu negara tentang viral harga 'kayangan' ikan Siakap di Langkawi sehingga ramai yang mengeluarkan pendapat dan pandangan masing-masing.

Tetapi jika diikutkan realiti kehidupan sekarang, memang ada benarnya budaya "makan dulu kira kemudian" sangatlah bahaya.

Lebih-lebih lagi jika makan di restoran makanan laut yang biasanya harga lebih mahal daripada biasa.

Penting buat ‘pengiraan’ terlebih dahulu, tanya harga sebenarnya sebelum makan. Ia bagi mendapat harga yang dipersetujui bersama serta mengelakkan diri daripada rasa ‘tertipu’, akibat dikenakan caj melampau.

Perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Tai Zee Kin ini ada benarnya.

1. Akuarium tepi restoran makanan laut, bukan galeri atau 'underwater world'. Dia tidak kenakan caj tiket masuk. Itu tempat kalian pilih makanan laut segar. Kalau anak-anak kecil ikut makan sekali, boleh bawa jalan-jalan tepi akuarium sambil ajar anak-anak nama ikan dan jenis ketam.

2. Sudut kanan (atau kiri) akuarium ada tertera tanda dengan jelas nama makanan laut (di situlah bapa saya mengajar nama dan jenis ikan) dan harga setiap 100g, 1kg, atau sukatan yang bersesuaian.

3. Tepi akuarium ada penimbang. Kalian boleh minta 'tauke' untuk timbang sebelum makan, atau minta dia membuat anggaran berat.

4. Kalau tiada akuarium pun, terus order makanan laut ikut berat (kalau bukan harga tetap). Contoh, kalau order siakap, terus beritahu mahu ikan seberat 1.5kg. Pihak restoran akan cuba dapatkan ikan seberat demikian atau anggaran julat berat itu.

5. Peminat makanan laut sudah ada harga makanan tersebut darab dengan berat dalam kunci kira-kira minda.

Budaya makan dulu kira nanti

Orang Cina tidak suka cara makan dulu kira nanti. Apabila budaya makanan di restoran mula berbuat demikian, ramai dalam kalangan orang Cina kurang selesa. Zaman 2000-an, kedai mamak biasa minta pelanggan makan dulu, baru dia datang kira.

Budaya orang Cina selalu kena buat ‘budgeting’ sebelum ‘spending’. Makan di kedai juga sama. Kalau makan besar, siap hitung dulu, buat kiraan bajet, periksa harga betul-betul, baru layan.

Tabiat ini memang sudah terpahat dalam DNA kami.

Budaya ‘makan dulu, kira kemudian’ sangat bahaya, kerana ketidakselesaan ‘caj terlampau’ adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak, ianya cuma akibat ketidaksepadanan kehendak (dengan izin, ‘mismatch of expectation’).

Isu siakap terlampau caj ini, bagi orang Cina, jarang berlaku. Kami tertanya-tanya, kenapa tidak membuat kepastian berat ikan sebelum membuat pesananr?

Kenapa tidak sebut sahaja ‘Ikan siakap itu, bagi 1.5kg cukup’.

Apabila saya membuat tempahan ketam dulu, siap tawar menawar dari segi berat ketam dengan 'tauke' sebelum turunkan pesanan. Tiada masalah.

Ingat tatacara ini kalian, ‘Kira dulu, pesan kemudian’. Tak payah segan-segan. Segan dahulu, kesal kemudian.

Dalam hal ini, pelanggan tiada salah, restoran pun tiada salah. Restoran sudah beritahu harga setiap 100g awal-awal. Caj juga ikut harga setiap 100g. Pelanggan bagi kebebasan kepada restoran untuk anggaran berat ikan.

Sumber: FB TAI ZEE KIN

Artikel Berkaitan: Pelancong Kena 'Pancung' Ribuan Ringgit Makan Seekor Siakap Kat Langkawi! Gilerlah!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah